June 10, 2009

whats coming next?

malam ni nadia sampai rumah ana InsyaAllah...
pastu esoknye nak g library p8
then g alamanda g bli barang asrama

pastu balik la

emmm.. walaupun kami jauh

semuanya kat skolah yang berlainan

semuanya dari daerah yang berlainan
ada yang kat pahang, klang, k.selangor, kajang, putrajaya, kedah, kelantan...

em... walau jauh namun dekat dihati

dispressing!!

warghhhhhhhhhhhhh

kenapa rasa malas sangat neh!!!!!!!!!

kenapa taknak baca buku
kenapa? why? limaza?

kenapa rasa nak relax sangat neh..

huhu ;(


dan kenapa rasa nak keluar gi jalan2 je.

kenapa rindu sangat kat kengkawan lama

kenapa senang sangat menumpahkan air mata ini!!!

oh diriku!!!!

June 3, 2009

hari ini

ridiculous!!!

huh!
mengapa la banyak sgt maksiat kat muka bumi nih..

3 jun 2009

harini ana pergi library p8
saje la nak cari bahan bacaan.lama dah tak baca buku. pastu wat add math sket.. ehmmm.... tengah2 ana dok semngat wat keje tuh, tetibe je ada la sepasang burung merpati tgk syok dating punye

mashaAllah.... apa nak jadi.
ana jadi tak keruan tadi
tak selesa duduk betul.
dah la depa tu duduk betul2 kat blkg ana.
apa la nak jadi budak2 zaman sekarang....

jadi ana pun berpindah la kat tempat lain...

tiba2 bunyi azan berkemundang..
jadi ana pun pergi la musollah ngan adk ana. pas solat zohor tu pasangan tu ade lagi.
haish.. apa punya budak2 ana igt dorg nak blah dah.
ade agy upenye...
emmm..... pastu kawan ana plak yg datang
terkejut gak ana.
tetibe je ade org hempap buku kat blkg ana.
sakit woooo
ahahhaha lame x jmpe die
tapi still same r...
hek
kul 3.30 ana balik ngan akak ana.
sbnrnya tggu kat luar dr kul 3.10 agy tapi upe2 nye akak ana tuh sesat lak jalan kat pjaya neh
apa daaaa....ahak2 patutla lambat dtg.kui2 wat mlau jek./.
heheh tu jela.
sok InsyaAllah ana dan rakan2 akan ke Alamanda...
ok wassalam...
noktah

May 31, 2009

3 golongan awal ke neraka..

duhai teman-teman, tazkirah sejenak ini ana copy dr iluvislam... ana tersentap seketika apabila membaca tazkirah ini... ayuh kita renung-renungkan.... dimana silapnya kita...
bismillahhirohmanirrahim....
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati.

Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.

Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.TALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~




oh, lancangnya bicara&hatimu?

Wah, lame x menaip neh…kepada kengkawan ku yang lain. Alangkah rindunya hati ni.. lama tak jumpa korang kan. Anyway, tergerak plak hati ana ni nak cerita sket pasal “lidah vs hati”..

Sebagai mukadimahnya, ana mulakan dengan bismillah dulu ;) . okla, sebagai manusia, Allah S.W.T kurniakan kita ni mulut dan isinya lidah yang tak henti-henti bercakap kan. Bangun pagi cakap sampai nak tidur pun cakap. Nasib bek la waktu tidur mulut neh tak leh cakap. Kalau tak, haru-biru la satu dunia neh. Secara amnya, kita kaitkan dengan kuat bercakap neh dengan girls kan? Tapi sebenarnya kaum lelaki ni pun suka bercakap gak. Kalau diorang sembang tu, satu kelas leh dengar sampai ke luar agy. Yela, suara tu besar sangat. Tapi kalau girls yang sembang, mesti ade dengan mimik muka sekali kan?pastu kalau nak gelak tu takdenye nak cover2 nye.

Tapi pernah tak kita terfikir…. Kalaulah mase kita tengah gelak hepi2 tu, tiba-tiba je Allah turunkan bala ke atas kita.. fuh, nauzubillah… tak takut ke? Tetibe je bumbung runtuh ke, tetiba jantung neh terhenti tibe2. tak leh nafas, sesak nafas….. eh, lebih2 lak kan.. tapi lebih kurang macam tulah.. tak ke kita rase menyesal? Tapi kenapa sekarang neh ana asyik tengok orang sekarang asyik bercakap, cakap, cakap….. fuh, naik berdesing telinga neh… kalau cerita pasal dunia akhirat kan takpe. Masalah-masalah sekolah ke, dunia ni ke.. wah terover lak. Tapi elakkanlah mengumpat. Secara jujurnya, ana paling tak suka orang bercerita keburukan orang lain. Buat apa nak cerita? Suka ke tengok orang yang diumpat tu dibenci pulak dek orang lak? Puas ke hati tuh????

ana sedih sangat bila ade la seorang hamba Allah ni cerita pasal orang lain neh. Punyalah semangat dia bercerita pasal keburukan kawan die tu. Padahal benda tu kecik je,. Tapi disebabkan keterean die tu bercerita, benda jadi besar, hiba betul hati ana dengar. Bila kita nasihatkan suruh henti, lagi disambungnye. Aduhai manusia….

Hah, itulah yang ana katakan lidah vs hati. Memang mulut neh suka bercakap. Bila mengumpat tu, dicampur pulak dengan hati yang tengah hitam melegam dan tengah marah membuak-buak. Bermacam-macam la cerita yang keluar… kesian la pada yang diumpat tu. Manusia ni lemah. Mungkin dia tersalah sikit je kan. Kenapa perlu kita perbesarkjan sesuatu perkara tu. Bermaaf-maaflah sesama kita. Hilangkanlah segala hasad dengki duhai manusia… kalaulah Allah tarik nyawa kamu ketika dok syok ngumpat tuh camne? Sia-sialah amalan-amalan kamu selama neh.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah;
2:10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
maka dapatlah ana simpulkan,
Sedangkan Allah S.W.T mengampunkan dosa hamba-hambanya yang hina ni. Rasul junjungan kita, Muhammad S.A.W juga ampunkan umat-umat nya. Ini kan pula kita sebagai manusia, seorang hamba pula tu. Sukarkah untuk mengampunkan sesama manusia. Mengapa perlu bermusuh-musuhan. Mengapa biarkan hati terus dihimpit perasaan dendam. Penyakit hati ini adalah penyakit yang paling berbahaya. Siramilah hati dan basahilah bibir dengan alunan zikrullah… moga dirimu terus dirahmati.

Ingat-ingat dan ayuhlah orak langkah ke jalan yang benar..
Jazakallahuminkum…

May 1, 2009

sesaat buat muslimah...

peliharalah dirimu duhai muslimah.. jangan tunduk pada godaan syaitan laknatullah itu.. jangan cair dengan pujukan lelaki semata-mata.. tetapkan di hatimu.. jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T
cintamu untuk lelaki hanyalah untuk suamimu...
jangan mudah terpedaya dan diperdaya..
pelihara auratmu sebagai hartamu yang amat bernilai...dan tiada tukar gantinya...
jazakallahuminkum...

April 19, 2009

di manakah air dan elektrik?

huhu skolah ku tiada air dan elektrik...

hahaha nasib bek la mama ana tak tinggalkan ana kat skolah tadi... kalau tak, bergelap la malam neh... patutlah mase sampai skolah je riuh semacam upenye semua plajar putri blok k,l ngan plaja putra dibenarkan balik sebab xde air ngan elektrik.. fuh, ana tak prasan signboard kat pintu masuk.. naseb bek la teng gtaw ana. kalu tak abis la ana sorang2 kat skolah tadi.. hahaha
takpelakan, duk umah wat nota sejarah yang banyak agy neh
hahaha

malas nak wat sebenarnya tapi nak wat camne kan...
my responsibility tuh...

oklah,, homework pun banyak.. study tak lagi...

undur diri dulu yer


assalamualaikum...

April 17, 2009

my classssssss......

lupe lak nak kenalkan ana punye classmate an...
kat skolah maahad ni ana dok kat klas 4 Razi. kelas ini amat senyap dan InsyaAllah sahsiah semuanya baik2 belaka. kalau xde cikgu tu.. memang senyap la.ade cikgu lagi la senyap..sunyi je.. kalau nak tdo memang besh r.xde langsung gangguan... yang paling berfakta ialah plajar putri lebih ramai r dr plaja putra. dah kire lumrah r tuh.hahaha satu agy an.. kat klas neh ana duk kat blakang skali.. memang 'best' betul la.... tapi masalahnye an.. ade la sorg pelajar kat depan skali tu agak tggi..plaja putra la katakan...so, kadang2 ana kena bangun tgk ckgu tulis pe...aduhai.. simpatikan diriku!!! huh!!! xpe2 sykur la atas segala-galanya...
guru kelas puan nasriha..klasnye k/t ialah hazmi & my p/k/t ialah syafinah... kat kelas ana tu temanya air/lautan..so, ade objek kuda laut yang besar ditampal di dinding depan klas ana. gambar yang agak menakutkan.hahaha langsir yang orang gelarnya(seksi) letak kat tingkap2 tapi masalahnye ianya mengganggu perjalanan pelajar dan guru yang tggi2 blaka neh. tersangkut kat tudung lah...kena tunduk bru leh masuk... ahahha ana yg tak brape tggi ni pun tersangkut gak kadang2 uh...ahak2.. barisan depan dikerumuni oleh plajar putra..yg kat blakang neh plaja putri jela... ade sebakul tong sampah di belakang, sekeping papan putih, sekeping papan kenyataan, sebuah meja guru beserta kerusinya skali dan berpuluh meja dan kerusi palajar.. nak tahu lebih lanjut? anda dijemput untuk melihatnya sendiri ;)

sekarang neh musim kawad kat skolah...
setiap petang orang g kawad...
so, yg tak masuk tu bleh kire ngan jari r.. sket sgt.. sunyi je waktu petang.. tapi ble start kul 6.30 asrama dah bising dah.. toilet dah jem..air mulai tidak keluar dr sinki dan juga shower... maka, beraturlah kami guna air paip yang sebatang je uh...
pastu 25 april ni ade hari kawad and hari keusahawanan.. kalu sempat ana g r.. kalu sempat la.. kat dorm ana ade 17(pembetulan) orang.. yela kot.xkire lak dak2 nye..hahahah yg f4 ade ana, widad, skin, mai and aida... akak f5 tiga org je kak ell, kak kelly ngan kak nina.. mereka berdua neh amat potpet..ahahha jgn marah ;0.. kak kelly maintain senyap(ehem2 diam2 ubi berisi) ;) makanan ringan memainkan peranan uatama disini ;)..

hidupku oh hidupmu niL....


Ni den nak cito pasal kawad neh. Adoyai..setelah berminggu den berlatih..akhirnya tak masuk gak kawadnye.pasal pe? Sebab 25 april tu ado majlis anugerah kat putrajaya neh… tapi ok gak an.takdelah letih sangat.walaupun nak berbelang dah muke neh…insya-Allah akan kembali normal.hak2 pastu kat skolah ni ade srikandi. Ana masuk treasure hunt yang walaupun xkenal sangat kwasan sekolah neh.at least dapat gak an kenal. Men ikot je kengkawan mase treasure hunt neh. Adoi..memang letih r. berpeluh2 baju. Pagi tu lak bru nak cari baju sukan. Naseb bek la ada orang kasi pinjam, mi-sya(sory klu salah eja). Fuh berpeluh gak. Pastu ade happy feet. Best gak. Aktive je ana mase tuh. Saje nak lompat kurangkan berat badan. Dah tu asyik makan je kat asrama neh. Rasenye sume bende walaupun x sedap ana sumbat dalam mulut. Hahaha memang r. dengan letih wat nota, penat tangan den menulis. Adoyai… ana pun taktaula nape asyik rase nak makan je. Kalau kat umah tu kadang2 seminggu tak berape nak sentuh nasi.


Tapi kat skolah neh.. pantang waktu makan je, mesti g dm. fuh, kalau makan tu nasi penuh sepinggan. Memang kalah la yang makan banyak. Biskut2 dalam locker ana tu kejap je abis.. hahaha nasib bek la umah dekat je ngan skolah. Senang mama ana anta makanan. Kalu tak, abis la…ahhahah pastu ana masuk masakan neh.. ntah la nak masak pe.hahahha tak rancang pe2.. klaka tol la.. kene gne roti plata pe tah..ala, yang gne untuk kebab tuh… satu agy an… ana punye katil kat atas aw.. so, memang malas sbnrnye nak naik. Wat letih je.. kena panjat2 lak… ahhaha kadang tu ana pernah terjatuh.. klaka tul la…



pernah satu pagi tu an, ana keluar dari dom nak g toilet.. mase tu pagi bute. Mmg takde orang ar.. mase tu lak blackout.. mase dalam toliet tu ana teraba-rabe la barang ana. Dah la rabun. Gelap lak tuh. Tapi yg paling mase blackout neh an kteorg tdo ramai2 satu dorm… besh woo… tidur berjemaah tapi yang menumpang tu tdo kat lantai r.. sian dorg an.. takdir di malam jumaat. Naseb bek mggu ni balik wajib. Kalau tak entahlah kan.. mesti kene balik wajib gak… pastu ade dak MTQ yang menumpang di dorm kteorang… so kene la kosongkan dorm… sebelum balik tu ana mmg amat2 rushing la. Sebab balik dr skolah lambat.. fuh, ana takut lak baba ana tunggu. Sian baba ana, kene amik ana kan.. mesti letih… so, ana sumbat2 barang.. salam2 orang then trus balik… tu jela.. banyak agy nak tulis.. len kli ar..hek2
noktah

March 17, 2009

nape ngan 17 mac??

harini kan, ana pi amik bku teks kat umah farhana bab ana xdpt bku teks agy..
fuh, berat gak ltk dlm beg buku2 tuh..
tapi belajar punya pasal ana ok jer.. hehehe ana pi bli barang2 asrama yang tak cukup agy. mak aih.. sebulan kumpul barang..ahahha ana kena cari baju labuh lgn panjg, alhamdulillah jumpa kat presint 1 pas nani gtaw.huhu kalau dia takdak ntahla kat mana ana nak bli lagipun mggu depan da start skolah..
pas bli baju kteorg pi alam.. cari barang sket ngan hdyah, pu3... lama gak round2 kat alam.. pastu igtkan nak blk tapi meeda n sarah suh tggu..
pas diorg dtg g bli barang asrama sarah plak dgn ida ngan meeda.. tapi pu3 da blk ngan umi die.. sarah ni pun satu.. bukan nak wat catatan..senang sket nak bli nti ahaha jgn marah aaa...
pastu meeda n hdyh g solat an.. .. ingtkan pas diorg solat trus nak blk upenye x lagi.. pi parkson cari bju kat sarah..
pastu masa kteorg kuar dr parkson jmpe kamilah.. smbg2 jap pastu jmpe lak saufi... fuh,,, sian die wooo... cerita die kat MTD tu dahsyat gle2!!! fuh... nak ngangis tau x.. takut betul dgr.. sian saufi an... pas dgr die pnye cite tuh kteorg pun blk la..... till here ajelah.. fullstop

March 16, 2009

oh maahad ku..???

Semua nak cite pasal sekolah diorg an

Sek ana lak? Best gak, semua budak baik2.. ye la, sekolah agama la katakan.. tapi ada gak la yang nakal2 sket tapi sket je la.. pendapat ana yang tiga hari kat sane kan… mmg berbeza betol2 la dr sek p11 neh.. sebab kat sane aurat lebih terjaga, pergaulan.. so, ana rasa selamat gak jalan2 kat sane. Kalau lalu depan laki pun diorang kire respect la kite sebagai wanita kan.. alhamdulillah, walaupun sekolahnye kecik je, bak kate orang dah berketurunan kan sekolah tu.. tapi ana ok je. Walaupun dahulu semuanya besi, tapi sekarang diganti kayu, ana xkesah dan walaupun xde loker kat kelas tu pun ana syukur, kelas tu elok lagi digunakan… xdelah reput pun. doa2kanlah supaya pintu di kelas ana tak tumbang.ngeh2.. kat sane banyak benda lagi yang ana kena blaja.. memang berdikari betul2 la.. selama ni duk umah je… walaupun terpaksa tinggalkan adik ana wafdi ngan ifan yang ku sayangi.. tapi ana tabah masuk sana. Dulu kalau ana g kem seminggu je… balik2 umah je mesti peluk adik ana tu.. rindu tau x.. tapi sekarang bukan seminggu je.. sebulan leh balik umah 2 kali je. Xde outing kat sane.hahaha tapi kat sane semi skul so leh la curik2 kuar kalau nak g barang.hehehe lagipun umah ana ngan skolah tu dekat je.. so, xdelah masalah sangat.. its quite different with my ‘kata ganti diri kat sane’..ehheh xpaham kan???ana je yang tau. Memang lawak gak sebnrnye ble gne perkataan2 yang different dari yang ana amalkan.. rase nak tergelak sebenarnya.. berbelit2 lidah ni menyebut.. hi2.. oklah,, xde bende nak cakap dah.. tu je..

March 8, 2009

7 mac? what happend??

Sabtu, 7 mac.. harini ana g bli barang asrama kat kl. Gi r CM nak bli cenderamata tapi tak beli pun… jalan-jalan je.. best gak.. pastu g sogo.. ntah la wat pe kat sogo tu tapi beli sabun la, makanan kat situ r. pastu g jalan tunku abdul rahman.. fuh, mama ana yang shopping barang. Ana tgk jela.. abis semua kedai masuk.hahhaha tapi kan, masa ana kat situ, ada la rusuhan hapuskan PPSMI kat sepanjang jalan tuh. Fuh, takut ana tengok.. ramai beb.. penuh satu jalan diorg berarak. Pastu ana g solat kat Masjid Negara. Ha.. kat situ lagi r ramai kumpulan neh. Diorang behenti kat situ. Sebab diorang kena halang dari g kat istana. Semua pakai baju hapuskan PPSMI.. fulamak, cayalah.. pastu g warta bli tudung labuh=bulat and baju and kain biru..lamanya tak pakai baju biasa.. hi2..
Tentang PPSMI bagi ana.. memang la PPSMI ni ada baik buruknya. Ia bagi kemudahan buat budak-budak bandar ni sebab diorang memang da terer BI tapi kalau budak kampung susah sket. Susah la kan nak faham BI. Lagipun kan, kalau in BM, nanti sape2 yang pi oversea kena la blaja balik BI and masuk U pun dalam BI gak. Cuma yang diorang semua tak puas hati sebab Bahasa Melayu dah kira kelas kedua kat Malaysia. Yalah, cuba kita tengok budak-budak yang amik sastera ni budak-budak yang result teruk kan. Yang amik pure science lak semuanya blaja in Bi. Kira macam BI ni dah macam bahasa utama di negara. Cuma time subjek BM la betul-betul tumpukan pada Bahasa Melayu. Tapi untuk subjek Pi, Sej, pun dalam bahasa melayu tapi takdela dititikberatkan sangat bahasa melayunya.. huh, camne eh skang neh. Oklah, apa-apa pun our prime minister kena really-really amik berat pasal kes neh. Boleh memusnahkan perpaduan dan kalau ada pelajar yang boikot camne… abis la negara kita. Dah la pasal politik tengah dok dalam hujung ditelur tanduk ditambah pulak dengan masalah PPSMI. Bak kata ana pucuk dicita duri pulak yang mendatang…. Tu je –noktah-

March 6, 2009

alkisah yg syahdu dan *hot*

6 mac 2009. today, hantar buku teks pastu ada ceramah maulidurrasul..best gak. Siap dapat free sarapan agy. Habis ceramah je blaja chem. Sempat gak la ana salam cikgu-cikgu sket sebab takut tak sempat ari selasa kang and siap dapat pelukan ngan ciuman agy. Adoyai, nak nanges je rasenye...huhu dah la efi, meeda, alia, hani, ika, peluk-peluk ana. Syahdu sebenarnya.tapi kena tabah! Ana berhijrah fisabilillah… dapat juga blaja ilmu agama tinggi-tinggi kan… harini ana keluar ngan wanf.kteorg g p8.huhu punya la lama tggu bas, start kluar skolah smpi la kul 1.15 bru la muncul bas g p8. dah la panas membahang.huhu naik-naik je bas tu (bas barula yang seat die baik punya tu)..sejuk la sket badan neh… sampai2 je kterog g domino’s pizza.wanf blanja ana!!!beshnye..syg die.hahaha… sedap gak r. kteorg dua makan mesti r ade yg lebih. Sebab pagi tu dapat nasi lemak percuma dgn air sirap sejuk punya.ni yang tak tahan neh.ade ke patut bagi air sirap dengan nasi lemak. Bahaya untuk kesihatan tu.. sejuk pulak.habis la berkepu-kepu lemak kiteorang.. then da abis makan, gi guardian jap ana nak beli barang. Ceh, belek-belek sket barang make-up tapi tak beli la.. nak tempek kat muka? Buat malu ja. Budak-budak agy la katakan… lepas tu kiteorg g bustop tggu bas.ha, masa ni la cerita pengembaraan dan duka pada hari ni. Sebabnya, kiteorang salah naik bas, salah ana la ni. Main naik je bas bab ana dah lewat sangat sebab petang tu kena pergi sekolah kul 3. jam da menujukkan kul 2.30.. apalagi, menggelabah la… alkisahnya, pakcik bas tu bawak kiteorang sampai la presint 18. pastu die cakap dah tak bley g tempat len dah.shif die da abis. Dah tu kiteorang cakap la suh bentikan kat tepi traffic light(simpang ke alam shah dan alamanda) sebab kiteorang leh g amik bas kat alam. Tapi dia cakap tak boleh, berbuih ana cakap suh turunkan kiteorang kat situ tapi dia tak bagi gak. Padahal, dekat je tempat tu. Bukan jauh mana…. Fuh, memang kejam la.. dah la masa tu tinggal kitaorang dua ja.. apa la.. tak berperikemanusiaan betol. Padahal, pakcik tu pakai kopiah putih nampak baik je... Sampai je kat terminal tu, semua laki. Ana dah kecut perut. Dah tu apalagi, trus la angkat kaki laju-laju keluar dari terminal tu. Haish, pak cik tu pun satu, dah tau kitaorang ni girl, hantar la kitaorang ke tempat selamat. Memang ana tak puas hati betul la. Kiteorang terpaksa la pulak jalan kaki jauh-jauh pi kat alamanda tu… berpeluh-peluh la. Dah la pakai baju skolah. Buat malu ja. Ramai la plak yang pandang semacam je.huhu sampai alamnda trus masuk la. Nyamannya badan..wah..hahaha.. pastu g solat then g mph. tapi harini tak ramai sangat orang. Tu yang besh uh. Kiteorang trus g fames emes bli eskem.ana blanja..sian gak kat wanf. Terkejar-kejar kiteorg arini… pastu trus g bustop amik bas balik. Sebelum sampai bustop kiteorang jumpa orang thai tanya camne nak g masjid putra. Chewah, speaking r kiteorang..hahah dapat gak berkenalan. Hi2. akhirnya sampai umah… dengan letihnya dan tak dapat nak g skolah sbb dah kul 4.30 dah mase tu.. wah, macam-macam betul harinie. Mentang-mentang ana nak pindah. Macam-macam plak yang berlaku. Huhu… akhir kata, ana sayang korang semua warga presint 11 especially guru-guru dan kawan-kawan ana. Ana tetap akan merindui korang semua. Akan ku abadikan alkisah kita semua di kalbu…. Jazakallahuminkun wassalam….

March 5, 2009

jasamu ku abadi selamanya...

11 mac 2009

selamat tinggal semua

WARGA SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

ANA BERHIJRAH

SMKA MAAHAD HAMIDIAH,KAJANG.

ashraful nil binti ahmad musadad

February 27, 2009

Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga y
ang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


khas dr; iluvislam.com

February 22, 2009

FAKTA@auta?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yangdiambil dari sinki dan kemudiannyadituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dandibiarkan terdedah kepada nyalaanapi bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirapmerupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Inikerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan airsirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebutdipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy ,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



*dicuri dr spe tah yg fwd kat ashraful.

why do people love cats??

meow....ww...meow...
hey pussy pussy cats!!
orang skang suka sgt kat kucing an??
terutamanya girl2 neh
sebab..
kucing neh dan la comel.. bulu lembut lak tu..

siap boleh dibawak tido agy aw...
(tiada hubungan halal&haram antara kaum hawa dan haiwan kucing)

kadang2 tu beli syampu untuk kucing neh lagi mahal dari syampu sendiri...
sebabnye..
sayang sangat kat kucing..
kena jaga bulunye, elakkan ada kutu, bulu kena lebat, wangi and bersih..
barula selamat untuk dibela..
lagipun kalau tengok kucing je..
duka di hati pun leh ilang
siap leh jerit agy kalau tgk kucing comel sgt
hahahah
so, here i put some pictures of them.. ^^






oh, aurat..!!!

Kata aurat berasal dari beberapa akar kata:


1. ‘awira = hilang perasaan, hilang cahaya, atau (untuk mata) lenyap penglihatan;

2. ‘aara = menutup dan menimbun;

3. a’wara = mencemarkan bila terlihat

Secara bahasa, aurat berarti malu, aib, buruk.

Di Islam, yang dimaksud dengan aurat adalah batas minimal dari anggota tubuh manusia yang wajib ditutup kerana perintah ALLAH SWT. Anggota tubuh tersebut dapat menimbulkan birahi atau syahwat jika dibiarkan terbuka, kerananya mesti ditutup dan dijaga, sebagai bahagian dari kehormatan manusia.


Jika kedua hal di atas digabung, maka aurat adalah anggota atau bahagian dari tubuh manusia yang bila terbuka atau tampak akan menimbulkan rasa malu, aib, dan keburukan. Bagi yang terbuka auratnya, akan menimbulkan rasa malu, sedangkan bagi yang melihatnya akan menimbulkan rasa terangsang dan lain-lain.


Kewajiban menutup aurat sudah menjadi kesepakatan semua pihak. Tidak ada permasalahan/selisih pendapat mengenai aurat laki2. Semuanya sepakat bahwa aurat laki2 = bagian tubuh antara pusat hingga lutut. Imam Hambali dan Imam Malik bahkan menyatakan bahwa aurat laki2 adalah 2 kemaluan, depan dan belakang.
Maka, tidaklah heran, jika laki2 solat mesti menggunakan penutup aurat, berupa celana panjang, ataupun sarung. Celana pendek, terlebih celana dalam, tidak boleh digunakan untuk solat, kerana aurat masih terlihat.


Untuk perempuan, terdapat perbedaan pendapat diantara kaum ulama. Pendapat pertama menyatakan bahwa aurat perempuan adalah SEMUA/SELURUH TUBUHNYA, TERMASUK muka, kedua telapak tangan dan bahkan kukunya. Tidak heran kita akan temukan perempuan2 bercadar yang menutup hampir semua tubuhnya, kecuali sedikit matanya untuk melihat. Pendapat kedua menyatakan aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya KECUALI muka, kedua telapak tangan, dan kukunya. Termasuk di dalamnya kedua telapak kakinya.
Apapun perbedaan pendapat yang timbul, semua ulama sepakat bahwa MENUTUP AURAT, APA DAN BAGAIMANAPUN BATASNYA, adalah WAJIB. Dasar yang digunakan adalah:


>> An Nuur(24):30 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.”


>> An Nuur(24):31 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


>> An Nuur(24):60 “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


>> An Ahzab(33):33 “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”


>> An Ahzab(33):59 “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”


>> An A’raf(7):26 “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

February 20, 2009

admired??

mereka&milikku!!!

now, its my time to talk
nak tahu tak...
i admired Louis Koo and takeshi kaneshiro a lots!!!!!

mereka berdua amat hensem dan ana sanggup tengok tv lakonan diorg walaupun homework bnyk gle2!!!
hahhaha

wah2!!
kalau tgk diorg berlakon
sesape yang kacau 'hey dude, i felt like to kill u!! go2, dont ganggu line..hahahha..'
hahhaa

lakonan diorg pun mantap, pasal muke jgn cakap r..
mmg hensem gle
hahhaa
tapi minat2 jela
i'm not addicted to 'em la...
but i really wish to meet 'em lor...
kalu boleh la..
ok2
ini adalah sedikit picture mereka..


louis Koo



Takeshi Kaneshiro

February 12, 2009

Selamat Pagi CINTA


Selamat pagi CINTA ku padaMu Ya Allah,
Yang masih membenarkan hambamu bernyawa di pagi ini,

Selamat pagi CINTA ku pada Subuhku,
Yang telah menyedarkan daku bahawa sebelum ku tidur, selepas ku bangun, ibadahku padamu tetap terjalin..

Selamat pagi CINTA ku pada kedua ibu bapaku,
Yang tersenyum di pagi hari sambil mencapai tangan ku menerima salamku sebelum aku pergi ke sekolah,

Selamat pagi CINTA ku pada udara pagi yang segar,
Yang membangkitkan aku dan menyegarkan badan dan mataku untuk memulakan hariku,

Selamat pagi CINTA ku pada segala nikmat pancaindera yang Kau kurniakan,
Yang memudahkan aku menjalani kehidupanku,

Selamat pagi CINTA ku pada dunia yang Kau kurniakan,
Yang mempunyai pohon-pohon yang indah dan meneduhkan, langit yang kebiruan dan menenangkan, udara yang segar untuk di sedut supaya aku terus hidup di muka bumi ini,

Maka, hambaMu ini Ya Allah, bersyukur atas segala nikmat kurniaMu, aku masih boleh berdiri, bercakap, tersenyum, melihat, menuntut ilmu, menunaikan ibadatku padaMu, berlari, berjalan, mendengar, berfikir, berjaya, berkawan, ada hati untuk menyayangi, dan ada rezeki untukku menjamah makanan….

Segala-galanya….

Ampunilah hambaMu ini atas setiap khilafku Ya Allah,
Aku hanyalah hambamu yang lemah, perlukan bantuanMu atas segala-galanya…

Wallahualam….

February 5, 2009

i can't breath in!!

wah..arini 5 feb. petang tu ana pi netball practice la.. mase nak main tu semangat la.. main betul2. tp ana rase macam tak hepi je mase main. tak semangat langsung. ana tercungap-cungap mase main.. rase macam nak pengsan. jantung ana tak breath in oxygen.. jadi ana pun tukar la ngan org len.. pastu jalan-jalan jap baru duduk... dada ana sakit sangat.. tak boleh bernafas!! Allah, tak tau nak wat pe.. selawat je la mase tuh.. ana duduk diam je..tengok org laen main..

pastu kena la komen-komen dari cikgu..lepas tu kena main lagi.. ana still duduk. tak tahan wooo.. datang la syahira tgk ana. masa tu ana dah nak nangis dah.. tapi tahan je.. ana suruh die pergi. takut la pulak cikgu die marah.. pastu cikgu pulak tanye ana.. tapi ana xleh nak ckp.. huhu tersekat-sekat pulak dah.. tak keluar nafas... pastu terus nangis je.. malu rasenye.. cikgu suruh ana berdiri n breath in.. ana tak tahan..duduk kejap then terus balik rumah..sekian

February 3, 2009

mana yang lebih baik?


11 mac 2009..hari yang ditunggu-tunggu..perasaan bagai bercampur baur.. pergi atau x?tapi, mama ana pesan suh pergi..mama ana beria-ria sangat suruh ana pergi. Sebab kalau ana amik Bahasa Arab peluang cerah. Ana ada bahasa lain yang InsyaAllah akan memudahkan ana suatu hari nanti… Walaupun berat hati nak tinggalkan semua tapi setiap perkara tu ada hikmahnya kan. Lagi pun semua kawan-kawan pergi kan.. jadi, apa salahnya cari peluang di tempat baru. InsyaAllah, ana akan teruskan apa yang diusahakan selama ini di sekolah baru. SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Lagipun sekolah ni dekat dengan rumah. Berapa minit je leh sampai sebab mama ana beli rumah kat situ gak. Mungkin segalanya sudah ditakdirkan. Senang sikit nanti masa Form 5 kalau ada apa-apa bleh balik rumah kan.. sebenarnya, ana memang suka nak masuk sana, dapat pelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Boleh pakai tudung labuh. Ana teringin sangat nak pakai. Satu perkara yang ana paling tak suka di smk pj p11 ni adalah kerana baju pengawasnya. Bagi ana, pakaian tu kurang sesuai diapakai. Ana suka lagi pakai baju kurung.. buat apa pakai sesuatu yang nampak gah kalau kita sendiri tak suka kan. Tak sapa pun tahu, ana simpan perasaan ni 3 tahun. Sebenarnya ana suka jadi librarian. Ana suka duduk kat library. Ana tak suka sangat marah-marah ni. Tapi, bila dah jadi pengawas, tak boleh la duduk diam je. Amanah tetap amanah. Walupun kadangkala tu ada juga tersasar dari tugas.. ana akan cuba perbaiki. Yelah, ana insan biasa. Mudah melakukan kesalahan.. Cuma, pasal Bahasa Arab yang bakal ana amik. Mungkin ana 3 bulan tinggalkannya. Tapi, ana akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik. Ana akan pastikan ana boleh! ;) tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Kata-kata yang selalu membangkitkan ana. Selagi kita berusaha ke jalan-Nya, pasti kita berjaya. Doa, usaha dan tawakkal itu penting. Semoga ana berjaya untuk SPM… SPM 2010 11 a1

February 1, 2009

"life as teenagers.."

Bismillahhirohmanirrahim…

Sebelum bermadah bicara, biarlah pembuka itu yang ana dahulukan… onak dan duri kehidupan banyak mengajar kita, mengenal erti kehidupan..tak kurang juga pengalaman dan pengajaran dari pahit manis kehidupan kita…. Liku-liku kehidupan seorang insan bergelar remaja merupakan saat yang paling berharga..bak kata muallimatululum ana, Puan Mahani Abdul Karim, “zaman remaja merupakan zaman yang paling singkat, jadi jalanilah kehidupan seorang remaja dengan penuh bermakna jangan sia-siakan..kerna ianya zaman paling singkat dan penuh pancaroba..tempuhinya dengan positif dan tabah..”…samapai sekarang ana masih ingat lagi kata-kata pedoman guru ana ni…

Nak tahu apa yang paling manis dan pahitnya zaman remaja? Mestilah pasal CINTA kan? Kalau ana
tanya orang lain pun mesti diorang cakap benda yang sama. Sebab pada usia remaja nilah kita mula rasa suatu perasaan yang asing bagi kita mase kecik2 dulu. even budak sek rendah pun dah pandai main-main cinta neh. Inikan pula pelajar-pelajar sek.men..lagilah menjadi-jadi…kenapa? Sebab pada usia inilah kita mula berubah menjadi matang…

kaum hawa mula dah rasa malu, teringin nak melaram macam mak datin, mula dah selak-selak magazine fashion macam magazine vogue, nak beli make-up, kalau pakai baju tu, kena match dengan tudung..kalau yang xpakai tudung tu mulalah pergi saloon wat rambut.potong situ potong sini..muke dah tak comot dah..tudung dah berlipat.kalau dulu men pakai je janji pakai…wah, macam-macam lagilah.. yang kaum Adam pulak mulalah pasang mata tengok anak dara ni, dah tak hingus cam dulu dah. Kalau gaduh ke, kena marah ke…muka still tunjuk macho..hahahha kalau dulu rambut belah tepi, sekarang dah mula beli gel rambut kat kedai tu..dulu rambut berserabai je. Tengok krim rambut kat kedai pandang sebelah mata je..betul x?

Tapi, semuanya normal la. Kita sendiri yang alami takkan taknak ngaku kot. Cuma kita perlu mengawalnya.. pernah tak kita fikir kenapa ramai kaunselor untuk remaja? Sebabnya remaja ni akal singkat. Mudah sedih, kecewa, marah.. emosi tak terkawal..mudah memberontak. Pernah ke kita dengar nenek ke makcik ke yang lari dari rumah? Kalau ada pun mungkinlah sorang dua sesat.hahaha

Tapi semua yang kat atas ni mukadimah je..ana nak cerita pasal cinta remaja. Boring dengar? Baik baca.. ni luahan rasa hati ana yang selama ni dipendam..
assalamualaikum,
moga kamu semua di dalam sejahtera… cinta itu milik Allah S.W.T, Dia mengurniakan kita berpasang-pasangan lelaki dan wanita..

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

tapi ramai yang salah sangka mengenai hubungan ini, bagi pengetahuan antum semua, hubungan yang diredhai Allah hanya dari perkahwinan..

fakta ini dikuatkan lagi dengan dalil dari-Nya, Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ana dah mangli tengok remaja-remaja ni bercouple, dating sana sini, berdua-duaan, tak kisah dipandang khalayak ramai. Inikah ciri Islam yang diredhai-Nya? Lali dengan perintahnya… sahsiahnya elok, al-Quran dibaca lancar tetapi langsung tidak memahami dan tidak mengikuti segala KALAMULLAH ini…

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Percayalah duhai remaja, andai harini kamu tinggalkan larangan-Nya, Insya-Allah, akan datang lebih banyak kebaikan buatmu pada masa hadapan…..ana nak selitakan satu ayat yang ana fikir pedoman terbaik untuk antum semua,

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Jazakallahuminkum…..

January 31, 2009

anaNiL

nama ana Ashraful Nil Binti Ahmad Musadad. Alhamdulillah, selamat dilahirkan sebagai seorang Islam pada tanggal 20 Mei 1993, di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang..... ana anak kepada Rasidah Binti Ahmad dan Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman. ana berketurunan melayu-siam. ana minat pada sesuatu yang besar.hahha apa dia? apa2 jela.. ana tak minat sangat benda yang kecil2 ni. ana suka sangat warna putih..warna hijau epal yang pudar pun minat.. ana tak suka warna gelap dan terang sangat.. sebab mata ana ni sensitif. kat rumah pun tak boleh pasang lampu terang+bnyk sgt.. nanti silau pastu boleh pening... ana suka jenis orang yang biasa2.. perangai tak melampau.. yang pasti orang tu tak suka cakap besar. ana memang tak suka orang macam tu. tapi yang pasti dalam hidup ni, tak semuanya sempurna, ada baik buruknya.. itu ana terima.. sebab ana pun ada baik buruknya.. tetapi selagi kita cuba betul2 memperbaiki keburukan itu, InsyaAllah..akan datang kebaikan kepada kita kan... mula bersekolah di Tadika ABIM, P.pinang dari umo 5 tahun hinggalah 6 tahun.. mase standard 1 plak kt sk.padang menora,p.pinang, darjah 2 hingga 5 kat sk mutiara,sabah.. darjah 6 kat sk putrajaya p11(1) dan alhamdulillah berjaya memperoleh 5a untuk UPSR... kemudian masuk pula form 1 di smk putrajaya presint 11(1)..dari form 1 hingga form 3... dan alhamdulillah juga kerna mendapat 9a untuk PMR.. tetapi tahun 2008 merupakan tahun kesayangan ana.. nak tahu knpe?
tahun 2008 lah tahun yang banyak menyedarkan ana... orang2 yang ana kenal banyak menginsafkan diri ana yang masih terpinga-pinga.. ana kenal seseorang yang apabila ana lihat je wajah dia tu..hati ana terusik, ana rasa semacam..ana sedih sebab banyak mensia-siakan hidup ana. ana dengar dia berkata-kata pun ana rasa insaf, syahdu je..setiap ayat yang keluar dari mulut dia tu adalah ilmu..ana berterima kasih sangat kat dia tu... ana bersyukur kerna dapat jumpa dia..kalau tak, mungkin ana masih begini kan.mungkin tak seperti yang antum semua lihat..fuh...


alhamdulillah, sekarang dalam tingkatan 4 dalam aliran sains bagi sesi 2009.. InsyaAllah bakal menduduki SPM pada tahun 2010... sekarang masih menuntut di sekolah menengah dan akan cuba sedaya upaya untuk berjaya.. selagi Al-Quran dan sunnah nabi menjadi panduan.. InsyaAllah kita kan peroleh kejayaan fiddunnia walakhirah..


jazakallah...




January 30, 2009

tua yang lara




Soreh itu damai sekali
Anak-anak ria bermain

Aku pula?
Hanya pemerhati
Di sebalik jendela
Yang kian lama bosan dengan jelmaanku

Angin menghembus layu ke wajahku
Menari-nari membelai rambutku

Mungkin itu sahaja temanku
Yang setia tanpa jemu

Dahulu tika aku masih muda bertenaga
Aku jua ria
Kerna dunia ini milikku
Ya,milikku sendiri
Aku ke sana ke mari
Bersuka ria di bumi Illahi
Tanpa ragu meneguk air ludahan syaitan itu

Namun,
Semuanya dahulu
Zaman yang sudah pupus ditelan dek zaman
Kini,
Aku sendirian di sebalik jendela
Diselimuti tubuh tuaku yang kian mengerekot
Hanya menanti tanah membaham jasadku

Biarlah air mata ini menjadi penghias wajahku.
Biarlah mata ini meliar mencari pintu akhiratku

Dan,

Biarlah hati ini berkecai
Agar cahaya Nur-Nya
Dapat melepasi pintu hati
Yang sudah lama terkunci rapi

remajaku..

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di
alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.

Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.

"khaibar!!khaibar!!Ya yahud!!!jaisun Muhammad! saufa ya'ud!!!.."




ya ukhti, jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca, ikuti perintah agama,jauhi larangan Allah, al-quran dan hadis menjadi panduan hidupmu,berakhlaklah dari panduanRasulullah,
contohi dan ikutinya, pasti kau bahagia. sejuk mata memandang,
biar cahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu..."

sejuk mata memandang,

sucinya hati tersinar di wajah...
onak dan duri ditempuh sabar,
ia dianggap sebagai rahmat...
lancar bibirnya menyebut Allah,
licin lidahnya dengan kitabullah...
ingkarkan Allah sentiasa dijauhi...
hanya mengharap maghrifah yang Esa...
akalnya pintar dijaga Al-Quran...
hasilnya, engkaulah wanita solehah...
"salam ukhuwwah fillah fiddunnia walakhirah...."