January 31, 2009

anaNiL

nama ana Ashraful Nil Binti Ahmad Musadad. Alhamdulillah, selamat dilahirkan sebagai seorang Islam pada tanggal 20 Mei 1993, di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang..... ana anak kepada Rasidah Binti Ahmad dan Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman. ana berketurunan melayu-siam. ana minat pada sesuatu yang besar.hahha apa dia? apa2 jela.. ana tak minat sangat benda yang kecil2 ni. ana suka sangat warna putih..warna hijau epal yang pudar pun minat.. ana tak suka warna gelap dan terang sangat.. sebab mata ana ni sensitif. kat rumah pun tak boleh pasang lampu terang+bnyk sgt.. nanti silau pastu boleh pening... ana suka jenis orang yang biasa2.. perangai tak melampau.. yang pasti orang tu tak suka cakap besar. ana memang tak suka orang macam tu. tapi yang pasti dalam hidup ni, tak semuanya sempurna, ada baik buruknya.. itu ana terima.. sebab ana pun ada baik buruknya.. tetapi selagi kita cuba betul2 memperbaiki keburukan itu, InsyaAllah..akan datang kebaikan kepada kita kan... mula bersekolah di Tadika ABIM, P.pinang dari umo 5 tahun hinggalah 6 tahun.. mase standard 1 plak kt sk.padang menora,p.pinang, darjah 2 hingga 5 kat sk mutiara,sabah.. darjah 6 kat sk putrajaya p11(1) dan alhamdulillah berjaya memperoleh 5a untuk UPSR... kemudian masuk pula form 1 di smk putrajaya presint 11(1)..dari form 1 hingga form 3... dan alhamdulillah juga kerna mendapat 9a untuk PMR.. tetapi tahun 2008 merupakan tahun kesayangan ana.. nak tahu knpe?
tahun 2008 lah tahun yang banyak menyedarkan ana... orang2 yang ana kenal banyak menginsafkan diri ana yang masih terpinga-pinga.. ana kenal seseorang yang apabila ana lihat je wajah dia tu..hati ana terusik, ana rasa semacam..ana sedih sebab banyak mensia-siakan hidup ana. ana dengar dia berkata-kata pun ana rasa insaf, syahdu je..setiap ayat yang keluar dari mulut dia tu adalah ilmu..ana berterima kasih sangat kat dia tu... ana bersyukur kerna dapat jumpa dia..kalau tak, mungkin ana masih begini kan.mungkin tak seperti yang antum semua lihat..fuh...


alhamdulillah, sekarang dalam tingkatan 4 dalam aliran sains bagi sesi 2009.. InsyaAllah bakal menduduki SPM pada tahun 2010... sekarang masih menuntut di sekolah menengah dan akan cuba sedaya upaya untuk berjaya.. selagi Al-Quran dan sunnah nabi menjadi panduan.. InsyaAllah kita kan peroleh kejayaan fiddunnia walakhirah..


jazakallah...




January 30, 2009

tua yang lara




Soreh itu damai sekali
Anak-anak ria bermain

Aku pula?
Hanya pemerhati
Di sebalik jendela
Yang kian lama bosan dengan jelmaanku

Angin menghembus layu ke wajahku
Menari-nari membelai rambutku

Mungkin itu sahaja temanku
Yang setia tanpa jemu

Dahulu tika aku masih muda bertenaga
Aku jua ria
Kerna dunia ini milikku
Ya,milikku sendiri
Aku ke sana ke mari
Bersuka ria di bumi Illahi
Tanpa ragu meneguk air ludahan syaitan itu

Namun,
Semuanya dahulu
Zaman yang sudah pupus ditelan dek zaman
Kini,
Aku sendirian di sebalik jendela
Diselimuti tubuh tuaku yang kian mengerekot
Hanya menanti tanah membaham jasadku

Biarlah air mata ini menjadi penghias wajahku.
Biarlah mata ini meliar mencari pintu akhiratku

Dan,

Biarlah hati ini berkecai
Agar cahaya Nur-Nya
Dapat melepasi pintu hati
Yang sudah lama terkunci rapi

remajaku..

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di
alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.

Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.

"khaibar!!khaibar!!Ya yahud!!!jaisun Muhammad! saufa ya'ud!!!.."




ya ukhti, jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celah kaca, ikuti perintah agama,jauhi larangan Allah, al-quran dan hadis menjadi panduan hidupmu,berakhlaklah dari panduanRasulullah,
contohi dan ikutinya, pasti kau bahagia. sejuk mata memandang,
biar cahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu..."

sejuk mata memandang,

sucinya hati tersinar di wajah...
onak dan duri ditempuh sabar,
ia dianggap sebagai rahmat...
lancar bibirnya menyebut Allah,
licin lidahnya dengan kitabullah...
ingkarkan Allah sentiasa dijauhi...
hanya mengharap maghrifah yang Esa...
akalnya pintar dijaga Al-Quran...
hasilnya, engkaulah wanita solehah...
"salam ukhuwwah fillah fiddunnia walakhirah...."