February 1, 2009

"life as teenagers.."

Bismillahhirohmanirrahim…

Sebelum bermadah bicara, biarlah pembuka itu yang ana dahulukan… onak dan duri kehidupan banyak mengajar kita, mengenal erti kehidupan..tak kurang juga pengalaman dan pengajaran dari pahit manis kehidupan kita…. Liku-liku kehidupan seorang insan bergelar remaja merupakan saat yang paling berharga..bak kata muallimatululum ana, Puan Mahani Abdul Karim, “zaman remaja merupakan zaman yang paling singkat, jadi jalanilah kehidupan seorang remaja dengan penuh bermakna jangan sia-siakan..kerna ianya zaman paling singkat dan penuh pancaroba..tempuhinya dengan positif dan tabah..”…samapai sekarang ana masih ingat lagi kata-kata pedoman guru ana ni…

Nak tahu apa yang paling manis dan pahitnya zaman remaja? Mestilah pasal CINTA kan? Kalau ana
tanya orang lain pun mesti diorang cakap benda yang sama. Sebab pada usia remaja nilah kita mula rasa suatu perasaan yang asing bagi kita mase kecik2 dulu. even budak sek rendah pun dah pandai main-main cinta neh. Inikan pula pelajar-pelajar sek.men..lagilah menjadi-jadi…kenapa? Sebab pada usia inilah kita mula berubah menjadi matang…

kaum hawa mula dah rasa malu, teringin nak melaram macam mak datin, mula dah selak-selak magazine fashion macam magazine vogue, nak beli make-up, kalau pakai baju tu, kena match dengan tudung..kalau yang xpakai tudung tu mulalah pergi saloon wat rambut.potong situ potong sini..muke dah tak comot dah..tudung dah berlipat.kalau dulu men pakai je janji pakai…wah, macam-macam lagilah.. yang kaum Adam pulak mulalah pasang mata tengok anak dara ni, dah tak hingus cam dulu dah. Kalau gaduh ke, kena marah ke…muka still tunjuk macho..hahahha kalau dulu rambut belah tepi, sekarang dah mula beli gel rambut kat kedai tu..dulu rambut berserabai je. Tengok krim rambut kat kedai pandang sebelah mata je..betul x?

Tapi, semuanya normal la. Kita sendiri yang alami takkan taknak ngaku kot. Cuma kita perlu mengawalnya.. pernah tak kita fikir kenapa ramai kaunselor untuk remaja? Sebabnya remaja ni akal singkat. Mudah sedih, kecewa, marah.. emosi tak terkawal..mudah memberontak. Pernah ke kita dengar nenek ke makcik ke yang lari dari rumah? Kalau ada pun mungkinlah sorang dua sesat.hahaha

Tapi semua yang kat atas ni mukadimah je..ana nak cerita pasal cinta remaja. Boring dengar? Baik baca.. ni luahan rasa hati ana yang selama ni dipendam..
assalamualaikum,
moga kamu semua di dalam sejahtera… cinta itu milik Allah S.W.T, Dia mengurniakan kita berpasang-pasangan lelaki dan wanita..

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

tapi ramai yang salah sangka mengenai hubungan ini, bagi pengetahuan antum semua, hubungan yang diredhai Allah hanya dari perkahwinan..

fakta ini dikuatkan lagi dengan dalil dari-Nya, Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ana dah mangli tengok remaja-remaja ni bercouple, dating sana sini, berdua-duaan, tak kisah dipandang khalayak ramai. Inikah ciri Islam yang diredhai-Nya? Lali dengan perintahnya… sahsiahnya elok, al-Quran dibaca lancar tetapi langsung tidak memahami dan tidak mengikuti segala KALAMULLAH ini…

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Percayalah duhai remaja, andai harini kamu tinggalkan larangan-Nya, Insya-Allah, akan datang lebih banyak kebaikan buatmu pada masa hadapan…..ana nak selitakan satu ayat yang ana fikir pedoman terbaik untuk antum semua,

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Jazakallahuminkum…..

4 comments:

  1. Hdp sbg seorg Remaja mmg byk sgt liku2nya..
    aku hrp kau sentiasa dilindungi Allah SWT..

    AMIN..

    ReplyDelete
  2. sama-samalah kita jauhi larangan-Nya..

    kerna syaitanlaknatullah itu selalu mengaburi mata kita..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...
    anti mmg seorang yg alim..

    ReplyDelete
  4. alim tidak bermakna sahsiah yang baik sahja tapi berilmu pengetahuan yang luas. bersamaan dgn makna alim itu sendiri, iaitu mengetahui..


    ana hanya selitkan mana yang ana tau ja
    bnyk lagi yg perlu dipelajari..

    ReplyDelete