January 29, 2010

cerita Nil.

kawan2 nak dengar cite pasal ana kan?


oklah
lame ana tak muncul kan..
dah berhabuk dah blog neh
haritu ana rasa malas nak onn dah tapi bila fikir balik
ukhuwwah itu kenalah dikekalkan
jadi ana akan mula menulis semula

dengan muqadimahnya,

Bismillahhirrohmanirrahim...
alhamdulillah

syukur ke hadrat Illahi..
akhirnya ana masih lagi dapat menulis, melihat, mendengar, berjalan, membebel*(ekekekek) dan merasa sesuatu...
tahun ini, 2010.. ana di tempatkan di kelas 5 Ar-Razi, SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG...
di bangunan baru
tingkat 3
walaupun tinggi
tapi ade hikmahnye
boleh la kurang 2 ke 3 kg...
kalu hari2 berlari naik tangga tu

ok back to our story,,,
ana tahun ni pakai baju warna peach, kain hitam, kasut hitam, stokin hitam, tudung peach, juga dilekatkan di muka kaca mata berbingkai hitam dan beg hitam...
pengawas la tuh.

tahun ini berhijrah ke MN. blok N(untuk nil ehehhe) dorm zainab dan katil no.ape2 jelah....

wah terlalu details....

sbb ana mungkin tak sempat nak berbual pnjg dengan kawan2 ana.
ana nak mohon beribu maaf sangat...

ana bukan ingin mengasingkan diri..
tapi diri ini terlalu lemah untuk sempurna..
ana selalu balik sekolah sorang2
sebab ape?

ntahlah kalau balik sorang2 baru FEEL...

hehehe paham x?
xpe tak perlu pun

kadang kala seseorang itu perlu bersendirian...
mencari diri sendiri...
merenung perbuatannya...
berkata sendirian tidak perlu dianggap gila tetapi ianya adalah cara bagi seseorang untuk memotivasikan diri sendiri..

kerana setiap daripada kita ada kelainannya..

diiringi dengan beg hitam x-zone yang berat dengan bebanan buku2..dan disertakan dengan botol air Tupperware berwarna hitam...
ana melangkah masuk ke sekolah dan juga ke asrama...
dan bila kat perhimpunan setiap pagi tuh..


huhuu

kenalah bawak buku catatan dan buku peraturan(ingatan untuk semua..ehhehe)

walaupun dihumban seribu bebanan
hidup itu satu perjuangan
kerna disitu terlihat satu pengorbanan
tiap detik hidup ini perlu dilalui dengan teriakan Allahuakbar!

mencari keredhaanya satu ujian..
ayuhlah sama2 menyingkap tirai kehidupan dengan penuh ketakwaan...

salam ukhuwwah fillah untuk sahabat2 ku!

takabbur membaham diri.

tersedar dari lena.
ana terfikir sebelah pagi tadi

sambil mendengar dengusan kekecewaan,
kemalasan rakan2 pelajar dan sungutan yang tak bermoral...
mengapa tiada yang sedar..

bersukan itu kan juga sunnah?
mengapa perlu ada busuk hati dalm setaip pertandingan

juara atau tidak yang paling penting itu ikhlas

bayangkan muslimin dan muslimat sekalian
dalm kita dok lari laju2...
lompat jauh2...
basah baju2
bengkak kaki2
lenguh tangan2
gelap muka2

tapi hasilnya hanya kosong
bagi yang juara,kemenangan hanya sekadar pingat
bagi yang kalah, kekalahan satu kekecewaan yang mencengkam jiwa.
tangisan kekalahan membasahi bumi

mengapa?
kerana tiada niat yang benar sebelum bertanding

maka muslimin dan muslimat sekalian...
sebelum bermula sesuatu perlawanan
niatkan di hati

"Ya Allah, moga kau permudahkan urusanku ini, kemenangan dan kekalahan itu ketentuanmu. maka kau berilah kejayaan yang terbaik buatku... sesungguhnya aku berserah dan bertawakkal padaMu Ya Allah..."

maka mulakan dengan Bismillah.... iringan dengan Selawat
kemudian akhiri dengan Alhamdulillah...

moga setiap pekerjaan kita mendapat keredhaan.

mengapa ana katakan begini
kerana ana lihat ada antara kita yang berasa takabbur kerana merasakan dirinya cukup hebat
tetapi akhirnya dalam mengjar impian, Allah beri ujian di tengahnya...

ASTAGHFIRULLAH HALA'ZIM......

bukan niat membuka aib tetapi sekadar renungan dan pengajaran buat kita semua...

kerana manusia itu lemah..
pasti ada melakukan kesalahan
tetapi apabila sudah menyedarinya ayuhlah kita sama2 berubah...

akhir kalam...

ikhlaskan hatimu..
namun jika dikau tidak dapat merasai..
berserahlah..
keikhlasan itu rahsia Illahi...

JAZAKALLAHUMINKUM...