May 12, 2011

Riak.baik jadi buruk.

Alkisah mengenai seorang pelajar di sebuah sekolah di SMK Seri Mesra.. Farlina namanya.. wah biasalah kan.. pelajar popular, cantik pula tuh ditambah pula sangat aktif dalam koko dan aktif dalam perdebatan, syarahan dan berpantun serta salah seorang pelajar cemerlang dan harapan di sekolah tersebut..

ha gini mulanya..
Lina la nama komersialnya.. setiap kali exam je. Mesti score dan menjadi kebanggaan dalam kalangan pelajar dan guru.. pernah pula dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam tingkatan.. maka semakin bertambahlah bisikan2 iblis laknatullah ni nak hembus rasa bangga dan riak pada si Lina ni.. Lina ni pula pelajar aliran agama jadi kiranya dia ambil 9 subjek la dalam PMR. Dia dihormati di sekolah tu.. maka dia rasa diri dia ni baik la.. alim gitu.

Dalam kesibukannya mewakili sekolah dalam perdebatan dan pantun dan juga wakil Nilam peringkat kebangsaan, pelajarannya kian terabai la juga tapi masih score gak.. hebat la budak ni. Ketika mempersembahkan debatnya di hadapan rakan2 sekolah.. wah mulalah timbul rasa riak dalam dirinya kerana kehebatan suaranya dan pujian dari guru2… die memang pandai bab berkata-kata neh.. selalu la hidung tinggi. Bangga sangat dengan diri dia.. dia pernah juga la rasa diri ni hebat tak layak nak berkawan dengan budak2 kelas belakang neh..

Maka saat ditunggunya pun tiba..

PMR

Wah gementarlah dia ni.. malam sebelum exam dia tidur dan tengok tv jer.. ha rasa pandai la tu.. kemudian, hari demi hari tiba pula kertas sains.. kebetulan kertas sains susah sangat.. balik rumah je menangis.. putus harapan la nak dapat A.. Bahasa arab pula dia nangis sebelum amik paper gementar sangat. Yela, belajar sikit2 je tapi amik peperiksaan besar.. maka itulah paper last yang diambil.. balik rumah terus diamm…..

Hari berganti hari tibalah keputusan PMR, alhamdulillah die dapat 9A.. wah bersorak sorai la die.. kawan2 yang tak dapat straight A tu die buat tak endah je.. yela, asyik pikir pasal diri sendiri je kan… die rasa diri die hebat.. kawan2 yang lain tu xsetanding dengannya.. pandai la dia bagi nasihat kat kawan2 jangan bersedih padahal dalam hati dia kutuk2 kawan dia tu… die tak pernah pandang ke orang di bawahnya,,, yang dilihatnya orang di atas.. ha yang hebat je..

Kemudian dapat la tawaran ke sebuah sekolah agama.. SMA la.. die taknak masuk sebenarnya sekolah agama ni.. yela,, tak reti nak bergaul kan… tapi dipaksa pula oleh ibu bapanya jadi nak tak nak kena la juga kan.. maka kempunanlah harapan die nak pergi SBP.. terpaksalah dia tengok je surat tawaran ke SBP tu.. sedih sangat.. menangis2 dia.,, ha.. manusia kan.. tak tahu mana yang baik untuk diri sendiri…

Perjalanan hidup die kat SMA tu sangat teruk.. dahla takde kawan.. tak boleh sesuaikan diri. Kawan2 pun macam tak suka jer kat dia ni,.. kali pertama hidup di asrama.. hari-hari dia nangis. Tapi dia tak bagitau la kat ibubapa dia.. bila dia tengok je orang laen buat solat sunat,, dia pun ikut.. yela, nak gak orang tengok die nie baik.. wat solat sunat je. Timbul rasa bangga diri.. rasa diri baik.. hemm memang ramai gak la yang rasa die ni alim.. ade gak yang kirenye anggap die sebagai idola.. maka semakin bertambahla amalan die.. tapi suatu hari dia sedar, tak baik nak riak2..maka dia pun mula la nak ikhlas dalam beribadat…

kat SMA ni ada kelas agama boleh la belajar mengaji lebih advance tapi dia taknak ikot.. macam2 la alasan.. takde al-Quran yang sesuai la.. xde masa la.. takut pelajaran terabai la.. ha, tu bisikan syaitan laknatullah je.. die ni terpedaya gak.. walaupun ada la gak sekelumit perasaan di hati dia ni nak pergi kelas tu.. ada je benda yang menghalang.. perempuan kan.. datang bulan la.. sakit perut.. haish.. gitu2 la..

Eh, terlupa pula pada hari pertama dia introduce diri kan rakan2 di sekolahnya.. dengan bangga memberitahu pencapaian di sekolah lamanya dulu.. kawan2 pun ada la yang macam tak ske..
“ baru masuk nak berlagak pula, ingat hebat sangat la tu..”.. dia tak sedar la pada mulanya.. semua macam tak tegur dan bersembang dengannya.. ha, bertambah tension la dia.. apelagi kan.. bila time exam je, die nervous sampai lupa segala benda.. MASALAH paling besar kat dia ni ialah dia mudah rasa bangga.. mungkin dah terbiasa dari dulu kan.. result pun teruk la.. ada la dalam 5A je.. ha, mulalah salahkan cikgu la.. dan segala benda yang ada…

kemudian,,,, bila dah pakai tudung labuh tu,, dia nak la tunjuk dia ni budak sekolah agama.. budak baik.. dalam hati dia.. “ha, baik aku terus je pakai tudung labuh. Taknakla hipokrit an, kat sekolah pakai tapi kat luar tak pakai..”

tapi setiap amalan baik yang kita nak buat pasti ada cabarannya.. iblis ni bisik2 la dalam hati dia.. ha macam2.. sampailah setiap kali dia pakai tudung labuh je masa kat luar.. dalam hati dia pasti rasa perasaan bangga. Raa diri ni alim.. buat2 la muka alimnya.. tutup sangat la aurat tu tapi tak ikhlas LILLAHITA’ALA.. dia pakai sebab dia budak sekolah agama. Bukan sebab dia nak pakai….

hermmm.. Die ada la kakak dalam 2 orang gitu.. asyik la ceramah dan perli2 diorang ni tak tutup aurat.. ah, makin menyampahlah kakak2 dia ni.. ….. Maka hari semakin berlalu, dan tahun berganti tahun… dia pun..

May 5, 2011

Subhanallah, hebatnya SOLAT DI AWAL WAKTU


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.Rahsia warna oren ialah kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Rahsia Kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"(Riwayat Ibnu Hibban)

Pokok Kebahagiaan
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu

:a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Surah Al-Qasas 28: Ayat Ke 77)