October 6, 2011

duhai wanita bergelar ibu...

sebagai seorang ibu, wajarkah dia mengajar anak nya dengan kekasaran. ditambah pula anak perempuan.. dari kajian psychology, kanak2 tidak sewajarnya dimarahi atau dikasari kerana akan memberi effect padanya apabila besar kelak.ianya juga akan menjadikan kanak2 tersebut mempunyai perasaan dendam dan mungkin juga akn menjadi aggresive sepertimana yg dilakukan ibunya terhadap dirinya.. lain pula bapa.. marah seorg bapa lain dari ibu. kerana seorang ibu adalah wanita. mulutnya lantang berkata-kata.. lelaki pula jika marah mungkin fizikalnya saja tapi mulutnya tdak berkata.

maka inilah kesedaran yg perlu dilakukan oleh seorg wanita yang lumrahnya ialah seorg yang lemah lembut, baik hati dan penyayang.. mungkin karenah kanak2 ini membebankan atau annoyed. tapi itulah kanak2.kesabaran itu amat2 lah perlu bagi seorg ibu.. didiklah anak2 dgn belain kasih sayang kerana insyaAllah walaupun seteruk mana anak itu nti, dia tetap akan menyayangi ibunya yg tanpa lelah membelainya dgn kelembutan seorg ibu..

namun hati2!!

lain pula kepada seorg anak yg dididik ibunya dengan kekasaran dan maki hamun setiap kali anak itu melakukan kesalahan walaupun kecil. anak itu akan menjadi takut pada ibunya.. mungkin juga akan menyimpan dendam. misalnya suatu hari nanti, anaknya itu amat baik akhlaknya, tetapi sebab ada perasaan dendam lama pada hatinya.. mungkin si ibu tidak sedar.. apabila anak ini dh berjaya, ditinggalkan ibunya sendirian.. maka duhai ibu2 sekalian.. mahukah anda mendidik anak2 dengan cara ini???lalu apabila dia besar, perasaan sayangnya mulai pudar trhadap ibunya. mungkin juga tidak menghiraukannya. mungkin juga hanya mengirimkan wang ringgit tapi tdak memberikan kasih sayang...

maka masa penyesalahan tdak berguna lagi...maka ayuhlah bermula sekarang.. terutamanya pasangan yang bakal mempunyai anak.. pendidikan awal bagi kanak2 amatlah penting. kerana dari situ data2 tentang dirinya dan sifat serta tindak tanduknya pda msa hadapan mulai dibentuk.

kelak apabila sudah dewasa, si ibulah sepatutnya menanyakan dan mengambil berat tentang anaknya, jika hati sudh mula berputik perasaan sayang terhdap seseorg, si ibu itulah yg sepatutnya membimbing anaknya agar tdak terjerumus kedalam kemaksiatan dan masalh remaja.. marah pula buka jalan penyelesaian..sebab itu kes2 lari dari rumah, kahwin lari kian berleluasa.. maka ibu bapa!!! jadilah ibu bapa yang pertama dan terakhir buat mereka..

zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar, ana juga sedang mngalami zaman ini, jadi pahit getir perjalanan hidup juga ana alami..peperiksaan bagi remaja seperti ana adalah saat kita memerlukan sokongan padu.. maka ibulah selalunya yang menjadi tmpt tangis dan tempt meluahkn perasaan..

maka buat para ibu bapa dan bakal seorg ibu juga bapa... moga Allah S.W.T melembutkan hatimu dan anakmu agar sentiasa saling maaf bermaafan.. moga talian darah yang terjalin terus terjalin dan menjadi saksi di akhirat kelak..

wallahualam...

salam ukhuwah fillah..

October 5, 2011

sedang bercuti dan mencari idea...

cuti ertinya ana kena manfaatkannya ke jalan yang benar...


dugaan banyak bertimbun yang paling best ialah...

MALAS

yela sebab kat kolej xde masa nak bersuka ria.. this fast track sometimes burden a lot tapi alhamdulillah berkat doa orang sekeliling dan kata2 penawar dari sahabat handai ana dapat melaluinya..


alhamdulillah masa cuti ni ana banyak habiskan dengan contact sahabt2 lama.. terutamanya yang duk kat maahad hamidiah dan tak lpe juga pada sahabat2 lama kat smkpj P11 dulu.. merekalah sebenarnya yang banyak didik ana jadi insan yang berguna..bergunakah??insyaAllah.. 

rindu sangat nak menulis kat blog neh tapi idea langsung tak datang bila on je blog.. tapi bila kat rumah ni laju je jari jemari ni menaip..

syukur alhamdulillah juga pada rakan2 yang dah melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya Mesir lah kan dan sahabt ana yang banyak beri dorongan dan inspirasi serta susah dan senang bersama ana, Syafiqah Aina yg skrang ni kat Jordan.. tahniah dan teruskan usaha anda.. moga sma2 kita menjadi doktor yang bertauliah dan berilmu.. 

jadi untuk mengelakkan rasa malas dan buang masa,,, ana menulis... ini yang terbaik rasanya..

setakat ini saja..
jazakallah...

KMKN life.. :)))

haish..agaknye dh lme x menulis kat blog neh...hi2 dlu xde laptop, pastu ble bli laptop assgmnt plak bertimbun..(actlly de je time free) tapi ana xde idea nak tulis ape..

ok now back to my life yang skrg ini sedang hidup di Kuala Nerang, kedah at Kolej MARA Kuala Nerang.... pasal kuala nerang ni yg paling best ialah alhamdulillah ana tenang hidup disana cumanya kat sini majornye muslimin yang muslimatnye sikit je.. sebab rmi amik engineering la katekan.. so ble nak kemana-mana kena la berteman sebab kot ape2 jadi at least kta bersama mahram kita kan..

ok kat sini ana amik foundation in science and technology, insyaAllah kalau murah rezeki dan pointer pun elok, ana akan melanjutkan pelajaran ke RCMP... tapi sebagai insan yang ingin  melihat dunia tentulah ana bercita-cita nak further study ke oversea.. tapi semuanya ketentuan ILLAHI,, so mungkin ini yang terbaik buat ana kan?

dalam golongan SPT, ana termasuk la dalam kelas T02, dan mmg batch BIO ni amat2 kekurangan lelaki tapi lebih banyak perempuan.. tapi ana pelik la.. walaupun ramai kaum muslimat yang amik Medic tapi mostly doktor kat Malaysia ni semuanya muslimin atau lelaki la xkire la cina ke, india ke, melayu ke...kenapa??

just being a humble muslimah here, syukur alhamdulillah ana skrg bergerak sebagai exco dakwah dan pembangunan insan.. walaupun fitrah bagi manusia memang rase diri ni tak layak.. same jela dengan ana... ilmu sejemput, akhlak pun tahap low lagi tapi nak berdakwah.. tapi sebab merasakan diri yang hina disisi Allah ini diciptakan sebagai khalifah jadi ana teruskan juga...

hari2 macam biasa sebok dengan kelas dan 'roomwork' yang agak tergendala.. tapi syukur alhamdulillah ada ruang masa untuk beristirehat dan roomate ana yang sangat kelakar dan ceria.. bak kate org sempoi la mereka ni..

macam biasa, banyak orang banyak ragam kan.. jadi pelbagai karenah orang yg ana dah jumpa..haha unik dan istimewa.. sebab itulah kita ni manusia.. diciptakan dengan pelbagai rupa dan sifat...

 berbalik kepada diri ana, ana memang tak suka buat group, jumpa mana2 orang ikut je.. sebab kalau bergroup ni takut2 la orang kate kte i menyombong diri tapi hakikatnya bagi ana kalau ada group maknaya itu adalah kawan susah dan senang kita.. bukannya bererti ada group kita tak bergaul dgn orang kan?

itu je kot pasal hidup ana.. nak tulis banyak2 pun banyak sangat..haha




ini pic bersama mentor Miss Nurul Hanim yang telah pun berpindah ke K.MARA Seremban.....


inilah rakan2 sekelas yang banyak ragam dan karenah..hahah


ni wajah2 muslimat penyeri kelas T02 :)))


ni time jamuan raye.. tanpa mentor.. jadi kamilah yg menghabiskan makanan mentor..haha
bittaufiq wannajah.. wassalam...


October 3, 2011

bagaimana aku hadapi ujian





"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)

October 1, 2011

hargai diri walau sehalus pasir


Tatkala duduk bersembang. Terkedu mendengar kata seorang kenalan.

 “Saya nak jadi diri saya sendiri. Tak mahu hipokrit” 
“Saya memang macam ni, saya malas la nak pergi mengaji, saya malas la nak pi surau dengar tazkirah, saya malas la nak pi bersenam, tido lagi bagus. Saya bukan fames macam awak. Orang suka kawan dengan awak. Saya ni biase je. Tak cantik pun…”
 Pemikiran manusia kini. Merasakan diri hina sesama manusia. Lebih pentingkan pandangan orang pada diri kita tapi tidak melihat nikmat kurniaan Illahi yang cukup besar. Tambahan pula cukup mata, kaki, mulut, telinga..

S U R A H   A L - H A J J

22:46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. 
Tidakkah mereka fikir, pada pandangan siapa yang lebih penting? Pada pandangan Tuhan Yang Maha Esa ataupun pada pandangan hambaNya yang cukup hina.. maka sebagai remaja yang budiman, tidak kisahlah kita ni cantik atau buruk, keluarlah dari dunia kegelapan, pandanglah langit cerah, ucapkanlah Subhanallah. Betapa besar nikmat kurniaan Illahi yang menjadikan kita di dunia ini. Yang memberikan kita peluang untuk hidup yang menjadikan kita Khalifah untuk menyampaikan yang makruf dan menghalangi yang munkar….

Jangan risau akan kekurangan diri. Kerana setiap manusia itu Allah timpakan dengan satu masalah. Sedang Rasulullah shalallahu alaihi wassalam, kekasih Allah, juga ditimpakan pada baginda dugaan yang cukup berat. Inikan pula kita.. hamba yang hina, tiap detik pasti ada saja khilaf yang kita lakukan..

Surah Al-Baqarah

 2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".


Minda positif, yakni menjadikan dunia lebih indah.

 Senyum dan pandang pada dunia. Jangan kata pada diri “memang ini sifat aku. Aku tak boleh nak berubah” padahal lupakah kita pada firman Nya

S U R A H   A R - R A ' D U


13:11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.


 Sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Hati yang kosong sering ditiupkan dengan rasa sunyi dan perlukan kasih sayang. Dan tatkala itulah syaitan laknatullah akan membisikkan hasutan kejahatnnya kedalam dada manusia. Lalu akan terjerumus dalam kemaksiatan…



Surah Al-Maidah

 5:20. Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorang pun di antara umat-umat yang lain".
Diri ini juga mungkin tidak layak untuk menasihati tetapi sekadar ingin berkongsi..

Jazakallah…

September 27, 2011

take a break

Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W. Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad .a.w. bersabda: Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....


• Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA. • Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

• Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

• Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

• Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

• Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

• Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

• Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

• Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. • Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.

• Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

• Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

• Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

• Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.

• Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

• Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

• Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

• Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.

• Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

wallahu'alam

August 12, 2011

POPfun

SHIMUZA ENTERTAIN COMPANY

release your stress....