March 26, 2012

CAT. she's also a mum.

its been a long time.. yuppp

ehehe nak kate sebok,,, Rasulullah lagi sebok kan.. dalam masa yang sama memimpin umat, baginda juga memimpin negara.. ... mungkin la kesibukan dengan kerja kolej kan..


so jari dah gatal nak tulis.. pasal ape2???? tentang KUCING.. yuppp tentang kucing..

pernah tak tengok kucing didik anak2 die.. jilat anak2 die... susukan.. pastu kalau anak die hilang,, maunye die mngiau sepanjang hari.. mesti pernah kan? itu kucing.... binatang plak tuh.. cer tengok kiter neh.. anak yang ade pun bleh hilang, sebok dok shopping anak entah kemana.. anak dalam perut pun dibuang.. astaghfirullah...

so, kat bilik ana.. ada seekor ibu kucing nama die mok.. alkisahnye dulu ade mok, tam ngan ren.. kirenye dorang ni adek bradik la.. tapi nak dijadikan cerita,  mok je yg survive yang laen dibuang dek orang kolej..hehe (sbnarnya xbleh bela pun kucing)

so mok..ha(yg tengah posing kat sebelah ni) a cute female mom.. beranakkan 3 ekor kucing(fasa pertama) namanya bam, tam, dengan kung.. so, ana mula2 rimas gak.. yala,, bayangkan tengah dok solat dorang dok kacau telekung, tarik2.. abis dah keluar benang2 telekung,,, xpun berak, kencing dalam bilik.. mula2 hati ni panas gak la.. comel tu comel tapi ble dorang dah buat gitu...ha nak kene ni.. tapi kemudian ana terfikir.. tiap kali dorang ni kencing, berak.. ana bersihkan tempat tu and siap mop lagi lantai.. ha... lagi bertambah bersih la kan.. so kirenye dorang ni bukan je menguji kesabaran tapi menguji kerajinan gak..hahha


ha inilah bam.... tido je...
suatu hari ni.. bam kacau ana tengah solat pastu kan.. ana dah habis solat ana bebel la kat bam.. kemudian.. mok serta merta tyme tu jugak marah anak die.. wah... macam faham je kan.. they look like talking tu each other... so ana bayangkan dorang cakap " bam, nape kacau akak ni solat.. tak baik kan.. dah pergi main jauh2.."... bam lak balas.. "ala mummy ni.. bam nak main je.. yela bam pergi." aahahaah.. sangat sweet,,,


anaknye sorang lagi tu tam namenye.. gelap sangat2...hha tapi tiulah yang paling baek dan manje.. tiap2 malam.. ana tengah nak tido.. tibe2 je die datang tdo sebelah kepala ana.. sweet kan.. wah rindu mereka sangat2!!!...  ha yang hitam ni la tam...

so one evening.. agak redup udaranya,,,, ana keluar dari bilik nak ke ds.. pastu ana nampak mok tengah ajar anak die panjat pokok.. percaya x? ana terkejut gak... selagi anak die xbleh... die mengiau je.. sampai la anak die bleh panjat sket2.. wah anak die yang lain tengok..ahah kirenye die macam cakap cenggini.. " ha cepat panjat pokok tu.. guna la skill sebagai kucing.. ha yang lain tengok die buat camne.. pastu ikut yer.."..ahahha she's brilliant.. kadang2 tu, die akan tangkap cicak, tikus katak.. pastu bawak masuk bilik ana!!ahhhhharghhhh!!! memang kami satu bilik akan menjerit ah.. pastu semua lari.. haha sebab binatang tu hidup lagi.. ha untuk ape die bawak??? sebab.. die nak ajar anak die cara nak makan and care nak tangkap binatang2 tuh.. kirenye kalau kiteorang xde.. bleh la dorang survive hidup kan... tiap mase die jilat anak2 die.. kalau kiteorang marah anak die.. die akan perhati je... cam relakan...ahha bagus..



 ini bapak kucing... die la suami kepada mok merangkap ayah kepada bam, tam, rus... ske pancut dalam bilik.. so kteorang xkasi die masuk..hehehe panggil bapak je...





ha yang ni lah kung,, die lebih kurang bam tapi kurus dan cengkung.. jadi panggil kung la..heheh  
so inilah seorang ibu... walaupun sekadar seekor kucing tapi kehebatan die menjaga anak2 die dengan ketiadaan suami di sisi menunjukkan kita sebagai wanita juga haruslah yakin dan berani menempuh dunia luar walaupun ketiadaan insan bernama lelaki disisi..dan tengok la cara die ajar anak die.. jilat anak die ble diorang buang air.. pastu ajar anak2 die.. kadang2 tu ana tengok die penat sangat tapi dia gagahkan jugak layan anak2 die.. so i'm proud of u mok.. so women, as a human... we should be a great mum.. to our children to the next generation...

wallahualam...

December 5, 2011

forgiveness


10 Tips to Free Yourself From Resentment


One of the most beneficial things you can do for your emotional well-being is to forgive. Forgive everyone who has ever hurt you, let you down, ripped you off, and anyone you perceive as the "enemy."

Why? Because holding on to resentment toward someone depletes your energy, delays spiritual progression and growth, and makes your life more stressful. Forgiveness will not make you let your guard down, make you overly-vulnerable, or allow the troublemaker to continue hurting you if you don't want it to. In fact, it will make you stronger and possibly even protect you from further harm.

Below are 10 tips to help you forgive and let go.

1) It's important to note that forgiveness is a process. It doesn't usually happen overnight. Commit to it and eventually the negative feelings will fade.

2) If you're having trouble forgiving someone, try the following exercise. Meditate on the situation and person and visualize them in front of you. Explain why you're upset, then tell them you forgive them. Notice the reaction you perceive them to have. Do this until you can feel your forgiveness, and remember it's not for them, but for you. Every time you think of the person express forgiveness to them.

3) Try to view the situation from their viewpoint and consider all the possible reasons why they acted as they did (such as experiences in their childhood, lack of awareness, emotional or mental instability, neurosis, possession, etc.). Try to feel compassion for them, though at first it may seem easier to turn water into wine.

4) Accept that whatever happened may be something you chose, on a karmic, spiritual level, to experience. Take responsibility for your part of what happened "to you."

5) Realize that if you don't forgive them, guess who you'll get to come back with in a future life for another round? That should help you let go of the resentment more quickly.

6) Realize that they will get what's coming to them eventually, even if it doesn't appear so to you. Our findings indicate that karma often doesn't return to someone until future lifetimes. You do not have to, and should not attempt to assist this process, by the way. If you do, you will create more negative karma for yourself. Revenge with no apparent consequences may have been a popular theme in the 80s show Dynasty, but unlike in TV-land, vengeance comes with a heavy spiritual price in the real world.

7) Life is demanding. Instead of targeting someone with animosity and creating more tension and trauma, try other activities like meditation, exercise, watching funny movies, or doing something nice for someone. Lighten up and let it go. Life is too magnificent to waste it being angry.

8) Forgive, but don't forget. Be compassionate, yet stand your ground.

9) Remember to forgive yourself. It's amazing how many people have managed to forgive others, but have not found the self-love to forgive themselves.

10) Go through the following list and forgive everyone. Feel the forgiveness. Express the forgiveness. Remember, it's not for them. This is for you.

Forgive...

October 28, 2011

kampung????love it.







“Kokk..kokkk…kkokokkkkk…”haha bunyi ayam… hhaha seronok bukan tinggal di kampong?dengan suasananya yang aman damai dan waktu paginya yang dingin bangat.haha kebetulan ana tinggal 2 minggu di kampong. Yalah cuti sem sebulan lebih jadi ana ambil masa sikit untuk tinggal bersama tok ana.eheh kat pendang, kedah. Waktu pagi je… ana akan berselimut sebab sejuk sangat. Mungkin selama ni ana duk kat rumah kalau waktu pagi sekalipun, rase macam dah nak tengahari. Sejuknya kurang. Waktu petang je..yah..aktiviti bermain badminton dan kayuh “gerek”, basikal dengan sepupu. Heheh memang keluar peluh lah.. kirenye taklah buang masa ja. Dan ana menulis. Ya , menulis untuk menghabiskan masa dan tengok cite korea dengan kezen yang gila korea…. Ahah kebetulan kat kampong ni ana ada 2 orang sepupu yang sama umor dan cuti sem kami pun sama. Jadi mudahlah bagi kami nak keluar sama2.. ha, pergi pecan pendang jalan-jalan beli barang. Kemudian jalan-jalan kat Alor Setar..hehehe penghabisan cuti buat ana. Lagi dua minggu ana nak pulang ke Kuala Nerang..hehe bukanlah nak komen apa tapi rasanya kerajaan kenalah bangunkan sikit Kuala Nerang tu. Nampaknya Pendang ni lebih dan lebih maju dari kuala nerang.. ha dah ada Pendang Square..maju x??maju x??


Hehe tapi niat sebenar pulang ke kampong ni sebab ana nak buat experiment dengan kawan ana. Jadi kenalah balik awal. Sebab selepas tu kena bawak experiment tu ke kolej untuk dibentangkan.. wah carry mark!!!! Di saat hati juga berdebar menanti result keluar, berdebar juga untuk pembentangan mini research nanti..huarghhh persediaan belum lengkap. Masih banyak kekurangan. Gi mana neh..aduhhh gawat..kkikikiki…
Nak makan??heheh cakap je nak makan apa.. ha semua makanan mesti ada cili sebagai bahan utama mahupun sampingan.. ana pun apalagi.. pergi kutip cabai la dan macam2 lagi la kat belakang umah tokayah ni.. ha sebut saja pasti tiba. Semua sayuran fresh..terbaik dari lading..keh2.. inilah untungnya duduk kat kampong. Nak bahan2 maskaan macam serai, cili, kunyit, terung kacang panjang dan macam2 lagi la.. ha semuanya ditanam sendiri. Jimat bukan?tak payah nak beli.. tapi itulah.. rumah tokayah ana ni meriah dan rasalah ade orang bila musim cuti sekolah takpun musim raya.. kalau tak, berdua jela dengan mereka… anyway, kat sini kucing pun banyak.. ayam??lagi la banyak… tapi terlalu banyak binatang.. dalam toilet.. pasti katak menemani.. dinding?pasti cicak menghiasi..ahha nyamuk dah jadi best fren..ahha abis darah kena isap..hahah

anyway, lepak sangat best tapi kerja kerja juga..kena buat..kalau x… habis!!!!!

“)
Jazakallahuminkum….

October 20, 2011

secebis kata buat mu :))


anda melawat disini???

renungan buat kita , , , ,

hidup berputar sentiasa . . . .

tatkala cinta datang bertandang, mungkin tika itu juga ia dibawa pergi..

kita menangis mencarinya tapi akhirnya

Allah mengurniakan CintaNya yang tak pernah hilang berganti...

subhanallah...

October 19, 2011

PMR candidates.i wrote this for u :)

PMR is over..” yeahh kami merdeka”. Ini antara ucapan agung budak2 lepasan PMR. So ana pun tak terkecuali la kan. Lepas PMR je dh tak tau nak buat ape. Nak study f4 punye syllabus tak paham plak. Nak kerja, ehhe tak piker pun lagi tyme tuh… so ana Cuma leh suggest yang ana banyak habiskan tyme lapang neh dengan banyakkan baca buku especially buku eng la.. sebab nanti  bile dah masuk F4 dan F5 kemudiannya,, bahasa Inggeris amat hebat dipergunakan. So janganlah habiskan masa ber “joli” je dengan kawan2.. tak salah nak berhibur dengan rakan2.. ana tahu ini memang ruang masa yang sering digunakan,,, tapi bila kita ada masa lapang, peruntukkanlah untuk perkara yang bermanfaat… sebab bila kita kesuntukan masa dan kita rasa masa ni berputar 12 jam je sehari.. baru kita roll back mase dulu.. yela tyme kita senang2 dan banyak habiskan masa.. tyme tulah gak kita nak ketuk kepala sendiri kan??btul tak?betul tak? Hehe same lah kita semua ni. Ana pun tak terkecuali. Sering kali leka dengan mainan dunia…

Ha actually ana nak fokuskan disini ialah “dating”… hehe kebetulan mggu ni ana ke Times square..hesh2 walaupun dah bertahun la duk kat kl ni.. ni la kali ke2 jejak kaki kesitu.. but this time is a bit different, uhh I go there by myself.. huhu cayalah pada diri.. dengan menaiki train yang punya la banyak perhentian.. and I didn’t get any chance to sit at all.. huhu and when I arrived at Hang Tuah station,,, ashamedly, I ask the at LRT counter where is the monorail.. haha and she said “adik kena pergi kat stesen satu lagi…ha kena kuar dari sini..hehe then sampai kat situ plak.. “nak ke times square” die pun bagi tiket.. ana masuk je.. “eh2 takde pun sign tulis times square” ahha rupa-rupanya ke jalan imbi.. wah2.. tak sangke kan.. tapi Alhamdulillah.. setiap perjalanan ana, ana banyak guna gerak hati dan betul… ana jalan je… sebab itulah hendak keluar rumah ken abaca doa.. insyaAllah moga doa itu menjadi pelindung buat kita..
Ha dah panjang cerita… okaylah.. setelah hamper sejam duduk kat Borders(kedai buku) sambil bce buku, tggu kawan ana,,, ana tengok la sekeliling..eh2 ade pelajar sekolah la.. ni hari Isnin.. hesh2 ponteng agaknya budak2 neh.. and ana rasa macam budak2 la..dalam lingkungan 15 tahun gitu, so if I’m not mistaken ni mesti dak F3 kan.. wah gelagat dorg melepak sesedap rase je.. kawan ana tiba je, kami pi la makan,, yela dh tengahari bru die sampai. Perut ana dah berlagu ha… then kat Marry Brown, ana Nampak lagi budak2.. ha dalam lingkungan F3 la senang citer.. muka kecik2 lagi.. ha yang ni sekumpulan pelajar perempuan,, pastu dating plak 2 org psgan bahagia la kononnya, berkepit berpegang tangan.. astaghfirullah… ana dengan kawan bleh jeling2 tengok jela.. apa nak jadi la kan.. budak 2 orang yang dating tu Nampak sangat budak2 lagi.. muka pun mentah lagi… uhhh..
So that’s my main point.. so adik2 yang lepas PMR please jangan ponteng sekolah sebab itu masuk rekod gak.. habis la calar rekod sekolah korang kalau ada ponteng.. Alhamdulillah ana dulu tak pernah ponteng.. yela sebosan mana sekalipun, ana gagahkan diri ke sekolah… hehe tapi ana banyak gak ponteng aktiviti pas PMR sebab lepak kat library sekolah baca buku…  
Kenapa ana tulis semua ni… Cuma teringatkan kes bayi dikelar sampai isi perut terburai oleh seorg plajar skolah mngah yg umornya 16 tahun.. huhu maknanya die ni pun baru lepas PMR gak kan? Yela,, baby tu mesti dalam 7-9 bulan.. ha kalau tolak bulan sepuluh dengan 7 /8/9 bulan = bulan 1… huhu sayangi “harta” anda.. ianya tiada berganti.. hanya satu.. hanya satu dan satu… tguhkan iman dan fikir dulu sebelum bertindak…

Wallahualam…

Jazakallahuminkum….

bukan salah aman.itu ketentuan Illahi

"semua ni salah ko aman. sebab ko la mak aku mati.husss..."dengus aliff...

aliff...anak muda yang kian melonjak umurnya.. dahulu seorang yang baik, mungkin tidaklah semulia akhlak anak2 yang lain tapi dikira baik dari segi sopan santunnya ketika berbicara. tidk keluar melepak tengah malam seperti anak2 muda yang lain.. mungkin tidaklah sebijak mana, sekadar nombor 15 drpd 40 rakan sekelasnya,, penampilannya baik. rambut yang sediakala menegak itu sering kali dikemas. senyum tak pernah lekang dari wajahnya...

10 september 1990

aman dilahirkan. langit mendung kian ditutupi selimut bumi. saat itu juga ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir... aliff berlari menuju ke wad kecemasan. meratap kain yang menutupi wajah ibunya. "mak..mak..jangan tinggalkan aliff..!!!makkkk!!!!!!!!!!!..."

sejak itu juga, perubahan yang amat ketara pada aliff..sudah tidak sebaik dahulu. selalu shaja balik rumah lewat, sesuka hatinya, mentang2 lah ayahnya sering outstation,, lagilah menjadi jadi perangainya ni, neneknya pun sudah putus akal utk menasihatinya... walaupun begitu, aliff seorg yang agak bijak, walaupun perangainya begitu, tapi dia tetap score dalam setiap subjeknya. tidak pernah dia peduli tentang adiknya, aman.. nangis ke lapar ke, nak susu ke, dibiarkan je, pernah adiknya nangis kuat tengah2 malam, mengamuk aliff sampai nak pukul adiknya, tapi untunglah neneknya menghalang..kalau tidak...

tahun kian berganti tahun, aliff sudah menganjak dewasa..

15 tahun kemudian.

"weh asal ko sepak aku ni. jaga sket kaki ko tuh..."marah aman pada aliff..

"kenape?ko marah ke?dulu mase ko nak keluar dr perut mak ade ko pikir pasal aku?ha? sebab ko la mak aku mati tau tak?"..aliff menjeling adiknya aman.

"weh dengar sini. ko tuh yang buta hati, buta mata, aku yang bru form 3 ni pun tau ajal maut, takdir.. ko tau tak yang mak mati bukan sebab aku. sebab itu ketentuan Illahi. kalau mak tak beranakkan aku pun, die tetap akan mati gak kalau Allah dah tetapkan dia mati hari tu. ko paham tak?ke ko nak aku rakam pasang kat speaker??!!!! arrggghhhh... " aman berkata dengan nada yang agak series tpi penuh makna.

"esk..esk...esk.." tersedu-sedu aliff neh.

"asal ko nangis plak neh aliff. hesh buat malu kaum aku je. dah la. gi toilet. ingus dah meleleh tuh.." kata aman sambil menulis karangan. sebab nak PMR la aman dah mula rajin,,, nak berjaya macam abang dia dulu. dapat 9A's...

"aman...."tersedu aliff nadanya...

"ha nak ape lagi?kalau benci kat aku pasal mak mati, ade tak ko pikir pasal aku ni?pegang mak pun tak pernah, tengok mak pun tak pernah, gambar jela pengubat rindu, dan tak sempat pun nak merasa kasih sayang dari mak..."mencurah air mata aman sambil memegang erat pensil di tangannya...

aliff terus berlari memeluk adiknya aman...

"weh sorry weh. entahlah, selama ni aku sia siakan ko. aku tak sempat nak tengok ko membesar. aku buta aman, aku buta..esk2..esk2... aku sayang sangat kat mak. aku pun sayang ko. tapi bila pikir pasal mak je aku jadi marah..."

"errr....takpe2.. aku tak pernah marah ko pun, tapi tadi memang aku marah rr.. esk2..jangan r lawan takdir aliff..kita kan hidup dengan peredaran Illahi..jangan salahkan takdir aliff.." aman juga tersedu-sedu suaranya..

"ye aman, aku yang dah kerja ni pun bru sedar harini, trima kasih aman..."aliff terus memeluk erat adiknya..

"ha yela,, tapi boleh tak ko lepaskan aku. dah la tak mandi lagi, hingus2 plak tu..dah2 aku maafkan. pasni ko blanja la aku. tak pernah aku rasa gaji ko.." kata aman tersengih sambil mengesat air matanya dan menolak badan abangnya..

"oh ok2.. malam ni aku blanje kenny rogers, ha ko pesan la brape banyak pun. aku blanje. ni kire untuk beday2 ko yg dah lepas2 ah..heheh...aku gi mandi dulu.." aliff berkata dengan senyuman lebar buat pertama kalinya setelah 15 tahun yang lalu....

itulah kita di dunia.. sering menyalahkan takdir yang menimpa diri kita. kalau barang kita rosak, kita salahkan orang lain. kalau kucing kita mati, kita nagis la meracau racau salahkan diri tak pandai jaga kucing..kalau gagal dalam sesuatu, kita marah2, nangis, putus asa dan kita sering berkata "kalau"..bukankan itu sudah menentang takdir..takdir yang telah ditetapkan untuk kita.. sebagai umat Islam, kita perlu berusaha untuk megubah cara hidup menjadi lebih baik...jangan sering menyalahkan ketentuan Illahi buat diri kita...

teringat ana pada satu hadis belajar mase skolah mngah dulu,


“Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah:

"Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

wallahualam...




October 18, 2011

tahajjud cinta-teliti pengajarannya



Tahajjud cinta.. hemmm first time ana tengok time tu kat kolej, kebetulan nak mereleasekan tekanan homework..ahha ana pun pi la bilik tv, nak tgk cite ape2 jela kan.. then bkak je tv3, ade crite tahajjud cinta, ana pun apalagi, tengok jela kan, yela.. pelakon die pun agak best..hhe 1st time tengok best dan teruja la juga, tengok seri lakonan fauziah gaus dengan citra berpurdah.. wah mula2 rase sangat best la.. yela cerita2 berunsur Islamic kan.. tapi itu sebab first time tengok la.. lepas itu, tak tengok dah.. yela mne la ade mase nak gi bilik tv sgt kan..  assignment yeah berlumba-lumba mengejar ana..ehehh

Okay kemudian time cuti tengok la dengan kawan2.hemm .rasenye time tu ana dengan kawan2 balik kampong tok ana,, ha time ni ana dengan kawan2 punyalah kutuk ustaz tuh.. haishhhhh sangat kejam dan mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Selamba je kan die gna ayat2 al-quran untuk menguasai pemikiran orang, padahal ana yang punya secebis ilmu ni pun tahu yang kata2 ustaz tu salah.. subhanallah… apakah motif erma Fatima  buat filem ni? Bahaya buat mereka2 yang kurang ngerti tentang agama dan bagi mereka yang jahil lagi.. takut terpengaruh dan mereka juga tanpa sedar akan terpesong dan mengutuk agama ini.. nauzubillah… tapi bagi ana mungkin ada pengajaran kan.. Cuma janganlah ayat al-quran dipergunakan sebegitu walaupun hanya sekadar lakonan..

Ade beberapa je babak yang ana tengok.. okey time ustaz tu nak ceraikan istri die.. ha die kata isteri die tu derhaka.. hemm bukankah yang perlu dilakukan oleh seorang suami ialah dengan menasihati isterinya.. kemudian jika degil, mengasingkan tempat tidur, ha kalau tak elok2 lagi barulah dengan pukulan,, itupun pukul pada tempat2 tertentu.. kerana Islam bukanlah agama zionis seperti yang digembar gemburkan masyarakat dunia kini.. Islam amat mementingkan keadilan sesame manusia dan amat mementingkan kasih sayang…

Paling sadis bila seri dengan solahudin kena hukuman hudud,, kena rejam guna batu, mashaAllah,,,,, takut ana tengok, terkejut plak tuh.. tapi setahu ana, kena cukup 4 orang saksi, tapi dalam kes cerita ni, saksi tu sorang je, perempuan plak tuh yang bernama suraya.. adehhh.. pastu tengok plak ustaz tu pukul2 isteri die.. patutkah???? Wah ni pengajaran buat masyarakat.. jangan mempergunakan agama sebagai kunci untuk kepentingan diri sendiri.. dan memanglah wanita itu wajib mentaati suaminya.. tapi bila dah bertentangan dengan agama,, emm camne???

Tapi bila kita tengok cerita ni, barulah terbuka sikit mata dan minda kita… mana satu benar dan mana satu salah..  akhir kata, wujud juga keinsafan pada diri ana tentang kekurangan diri dan agar kita semua menjauhi dari mempergunakan agama untuk meraih simpati dan kuasa… apa2 pun ambil yang baik dan tinggal-tinggalkan yang burok lagi salah itu.. maaf kalau ana sendiri salah tafsir,, lain minda lain pendapatnya.. wallahualam….

p/s: drama dah habis bru nak komen.saje nak menghidupkan kembali kisah lama.