May 31, 2009

3 golongan awal ke neraka..

duhai teman-teman, tazkirah sejenak ini ana copy dr iluvislam... ana tersentap seketika apabila membaca tazkirah ini... ayuh kita renung-renungkan.... dimana silapnya kita...
bismillahhirohmanirrahim....
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati.

Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.

Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.TALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~




oh, lancangnya bicara&hatimu?

Wah, lame x menaip neh…kepada kengkawan ku yang lain. Alangkah rindunya hati ni.. lama tak jumpa korang kan. Anyway, tergerak plak hati ana ni nak cerita sket pasal “lidah vs hati”..

Sebagai mukadimahnya, ana mulakan dengan bismillah dulu ;) . okla, sebagai manusia, Allah S.W.T kurniakan kita ni mulut dan isinya lidah yang tak henti-henti bercakap kan. Bangun pagi cakap sampai nak tidur pun cakap. Nasib bek la waktu tidur mulut neh tak leh cakap. Kalau tak, haru-biru la satu dunia neh. Secara amnya, kita kaitkan dengan kuat bercakap neh dengan girls kan? Tapi sebenarnya kaum lelaki ni pun suka bercakap gak. Kalau diorang sembang tu, satu kelas leh dengar sampai ke luar agy. Yela, suara tu besar sangat. Tapi kalau girls yang sembang, mesti ade dengan mimik muka sekali kan?pastu kalau nak gelak tu takdenye nak cover2 nye.

Tapi pernah tak kita terfikir…. Kalaulah mase kita tengah gelak hepi2 tu, tiba-tiba je Allah turunkan bala ke atas kita.. fuh, nauzubillah… tak takut ke? Tetibe je bumbung runtuh ke, tetiba jantung neh terhenti tibe2. tak leh nafas, sesak nafas….. eh, lebih2 lak kan.. tapi lebih kurang macam tulah.. tak ke kita rase menyesal? Tapi kenapa sekarang neh ana asyik tengok orang sekarang asyik bercakap, cakap, cakap….. fuh, naik berdesing telinga neh… kalau cerita pasal dunia akhirat kan takpe. Masalah-masalah sekolah ke, dunia ni ke.. wah terover lak. Tapi elakkanlah mengumpat. Secara jujurnya, ana paling tak suka orang bercerita keburukan orang lain. Buat apa nak cerita? Suka ke tengok orang yang diumpat tu dibenci pulak dek orang lak? Puas ke hati tuh????

ana sedih sangat bila ade la seorang hamba Allah ni cerita pasal orang lain neh. Punyalah semangat dia bercerita pasal keburukan kawan die tu. Padahal benda tu kecik je,. Tapi disebabkan keterean die tu bercerita, benda jadi besar, hiba betul hati ana dengar. Bila kita nasihatkan suruh henti, lagi disambungnye. Aduhai manusia….

Hah, itulah yang ana katakan lidah vs hati. Memang mulut neh suka bercakap. Bila mengumpat tu, dicampur pulak dengan hati yang tengah hitam melegam dan tengah marah membuak-buak. Bermacam-macam la cerita yang keluar… kesian la pada yang diumpat tu. Manusia ni lemah. Mungkin dia tersalah sikit je kan. Kenapa perlu kita perbesarkjan sesuatu perkara tu. Bermaaf-maaflah sesama kita. Hilangkanlah segala hasad dengki duhai manusia… kalaulah Allah tarik nyawa kamu ketika dok syok ngumpat tuh camne? Sia-sialah amalan-amalan kamu selama neh.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah;
2:10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
maka dapatlah ana simpulkan,
Sedangkan Allah S.W.T mengampunkan dosa hamba-hambanya yang hina ni. Rasul junjungan kita, Muhammad S.A.W juga ampunkan umat-umat nya. Ini kan pula kita sebagai manusia, seorang hamba pula tu. Sukarkah untuk mengampunkan sesama manusia. Mengapa perlu bermusuh-musuhan. Mengapa biarkan hati terus dihimpit perasaan dendam. Penyakit hati ini adalah penyakit yang paling berbahaya. Siramilah hati dan basahilah bibir dengan alunan zikrullah… moga dirimu terus dirahmati.

Ingat-ingat dan ayuhlah orak langkah ke jalan yang benar..
Jazakallahuminkum…

May 1, 2009

sesaat buat muslimah...

peliharalah dirimu duhai muslimah.. jangan tunduk pada godaan syaitan laknatullah itu.. jangan cair dengan pujukan lelaki semata-mata.. tetapkan di hatimu.. jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T
cintamu untuk lelaki hanyalah untuk suamimu...
jangan mudah terpedaya dan diperdaya..
pelihara auratmu sebagai hartamu yang amat bernilai...dan tiada tukar gantinya...
jazakallahuminkum...