February 27, 2009

Pesanan Rasulullah Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga y
ang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


khas dr; iluvislam.com

February 22, 2009

FAKTA@auta?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yangdiambil dari sinki dan kemudiannyadituangkan ke dalam cerek yangmengandungi 150ml air suling dandibiarkan terdedah kepada nyalaanapi bersuhu 100 darjah celcius akanmenghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirapmerupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Inikerana kajian telah dibuat, seorangpembina helikopter memerlukan airsirap untuk menghilangkan keletihansemasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebuttidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebutdipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy ,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lamadigunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susucap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnetialah besi yang berani menarik butir-butir besi lainkearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



*dicuri dr spe tah yg fwd kat ashraful.

why do people love cats??

meow....ww...meow...
hey pussy pussy cats!!
orang skang suka sgt kat kucing an??
terutamanya girl2 neh
sebab..
kucing neh dan la comel.. bulu lembut lak tu..

siap boleh dibawak tido agy aw...
(tiada hubungan halal&haram antara kaum hawa dan haiwan kucing)

kadang2 tu beli syampu untuk kucing neh lagi mahal dari syampu sendiri...
sebabnye..
sayang sangat kat kucing..
kena jaga bulunye, elakkan ada kutu, bulu kena lebat, wangi and bersih..
barula selamat untuk dibela..
lagipun kalau tengok kucing je..
duka di hati pun leh ilang
siap leh jerit agy kalau tgk kucing comel sgt
hahahah
so, here i put some pictures of them.. ^^






oh, aurat..!!!

Kata aurat berasal dari beberapa akar kata:


1. ‘awira = hilang perasaan, hilang cahaya, atau (untuk mata) lenyap penglihatan;

2. ‘aara = menutup dan menimbun;

3. a’wara = mencemarkan bila terlihat

Secara bahasa, aurat berarti malu, aib, buruk.

Di Islam, yang dimaksud dengan aurat adalah batas minimal dari anggota tubuh manusia yang wajib ditutup kerana perintah ALLAH SWT. Anggota tubuh tersebut dapat menimbulkan birahi atau syahwat jika dibiarkan terbuka, kerananya mesti ditutup dan dijaga, sebagai bahagian dari kehormatan manusia.


Jika kedua hal di atas digabung, maka aurat adalah anggota atau bahagian dari tubuh manusia yang bila terbuka atau tampak akan menimbulkan rasa malu, aib, dan keburukan. Bagi yang terbuka auratnya, akan menimbulkan rasa malu, sedangkan bagi yang melihatnya akan menimbulkan rasa terangsang dan lain-lain.


Kewajiban menutup aurat sudah menjadi kesepakatan semua pihak. Tidak ada permasalahan/selisih pendapat mengenai aurat laki2. Semuanya sepakat bahwa aurat laki2 = bagian tubuh antara pusat hingga lutut. Imam Hambali dan Imam Malik bahkan menyatakan bahwa aurat laki2 adalah 2 kemaluan, depan dan belakang.
Maka, tidaklah heran, jika laki2 solat mesti menggunakan penutup aurat, berupa celana panjang, ataupun sarung. Celana pendek, terlebih celana dalam, tidak boleh digunakan untuk solat, kerana aurat masih terlihat.


Untuk perempuan, terdapat perbedaan pendapat diantara kaum ulama. Pendapat pertama menyatakan bahwa aurat perempuan adalah SEMUA/SELURUH TUBUHNYA, TERMASUK muka, kedua telapak tangan dan bahkan kukunya. Tidak heran kita akan temukan perempuan2 bercadar yang menutup hampir semua tubuhnya, kecuali sedikit matanya untuk melihat. Pendapat kedua menyatakan aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya KECUALI muka, kedua telapak tangan, dan kukunya. Termasuk di dalamnya kedua telapak kakinya.
Apapun perbedaan pendapat yang timbul, semua ulama sepakat bahwa MENUTUP AURAT, APA DAN BAGAIMANAPUN BATASNYA, adalah WAJIB. Dasar yang digunakan adalah:


>> An Nuur(24):30 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.”


>> An Nuur(24):31 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


>> An Nuur(24):60 “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


>> An Ahzab(33):33 “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”


>> An Ahzab(33):59 “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”


>> An A’raf(7):26 “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

February 20, 2009

admired??

mereka&milikku!!!

now, its my time to talk
nak tahu tak...
i admired Louis Koo and takeshi kaneshiro a lots!!!!!

mereka berdua amat hensem dan ana sanggup tengok tv lakonan diorg walaupun homework bnyk gle2!!!
hahhaha

wah2!!
kalau tgk diorg berlakon
sesape yang kacau 'hey dude, i felt like to kill u!! go2, dont ganggu line..hahahha..'
hahhaa

lakonan diorg pun mantap, pasal muke jgn cakap r..
mmg hensem gle
hahhaa
tapi minat2 jela
i'm not addicted to 'em la...
but i really wish to meet 'em lor...
kalu boleh la..
ok2
ini adalah sedikit picture mereka..


louis Koo



Takeshi Kaneshiro

February 12, 2009

Selamat Pagi CINTA


Selamat pagi CINTA ku padaMu Ya Allah,
Yang masih membenarkan hambamu bernyawa di pagi ini,

Selamat pagi CINTA ku pada Subuhku,
Yang telah menyedarkan daku bahawa sebelum ku tidur, selepas ku bangun, ibadahku padamu tetap terjalin..

Selamat pagi CINTA ku pada kedua ibu bapaku,
Yang tersenyum di pagi hari sambil mencapai tangan ku menerima salamku sebelum aku pergi ke sekolah,

Selamat pagi CINTA ku pada udara pagi yang segar,
Yang membangkitkan aku dan menyegarkan badan dan mataku untuk memulakan hariku,

Selamat pagi CINTA ku pada segala nikmat pancaindera yang Kau kurniakan,
Yang memudahkan aku menjalani kehidupanku,

Selamat pagi CINTA ku pada dunia yang Kau kurniakan,
Yang mempunyai pohon-pohon yang indah dan meneduhkan, langit yang kebiruan dan menenangkan, udara yang segar untuk di sedut supaya aku terus hidup di muka bumi ini,

Maka, hambaMu ini Ya Allah, bersyukur atas segala nikmat kurniaMu, aku masih boleh berdiri, bercakap, tersenyum, melihat, menuntut ilmu, menunaikan ibadatku padaMu, berlari, berjalan, mendengar, berfikir, berjaya, berkawan, ada hati untuk menyayangi, dan ada rezeki untukku menjamah makanan….

Segala-galanya….

Ampunilah hambaMu ini atas setiap khilafku Ya Allah,
Aku hanyalah hambamu yang lemah, perlukan bantuanMu atas segala-galanya…

Wallahualam….

February 5, 2009

i can't breath in!!

wah..arini 5 feb. petang tu ana pi netball practice la.. mase nak main tu semangat la.. main betul2. tp ana rase macam tak hepi je mase main. tak semangat langsung. ana tercungap-cungap mase main.. rase macam nak pengsan. jantung ana tak breath in oxygen.. jadi ana pun tukar la ngan org len.. pastu jalan-jalan jap baru duduk... dada ana sakit sangat.. tak boleh bernafas!! Allah, tak tau nak wat pe.. selawat je la mase tuh.. ana duduk diam je..tengok org laen main..

pastu kena la komen-komen dari cikgu..lepas tu kena main lagi.. ana still duduk. tak tahan wooo.. datang la syahira tgk ana. masa tu ana dah nak nangis dah.. tapi tahan je.. ana suruh die pergi. takut la pulak cikgu die marah.. pastu cikgu pulak tanye ana.. tapi ana xleh nak ckp.. huhu tersekat-sekat pulak dah.. tak keluar nafas... pastu terus nangis je.. malu rasenye.. cikgu suruh ana berdiri n breath in.. ana tak tahan..duduk kejap then terus balik rumah..sekian

February 3, 2009

mana yang lebih baik?


11 mac 2009..hari yang ditunggu-tunggu..perasaan bagai bercampur baur.. pergi atau x?tapi, mama ana pesan suh pergi..mama ana beria-ria sangat suruh ana pergi. Sebab kalau ana amik Bahasa Arab peluang cerah. Ana ada bahasa lain yang InsyaAllah akan memudahkan ana suatu hari nanti… Walaupun berat hati nak tinggalkan semua tapi setiap perkara tu ada hikmahnya kan. Lagi pun semua kawan-kawan pergi kan.. jadi, apa salahnya cari peluang di tempat baru. InsyaAllah, ana akan teruskan apa yang diusahakan selama ini di sekolah baru. SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Lagipun sekolah ni dekat dengan rumah. Berapa minit je leh sampai sebab mama ana beli rumah kat situ gak. Mungkin segalanya sudah ditakdirkan. Senang sikit nanti masa Form 5 kalau ada apa-apa bleh balik rumah kan.. sebenarnya, ana memang suka nak masuk sana, dapat pelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Boleh pakai tudung labuh. Ana teringin sangat nak pakai. Satu perkara yang ana paling tak suka di smk pj p11 ni adalah kerana baju pengawasnya. Bagi ana, pakaian tu kurang sesuai diapakai. Ana suka lagi pakai baju kurung.. buat apa pakai sesuatu yang nampak gah kalau kita sendiri tak suka kan. Tak sapa pun tahu, ana simpan perasaan ni 3 tahun. Sebenarnya ana suka jadi librarian. Ana suka duduk kat library. Ana tak suka sangat marah-marah ni. Tapi, bila dah jadi pengawas, tak boleh la duduk diam je. Amanah tetap amanah. Walupun kadangkala tu ada juga tersasar dari tugas.. ana akan cuba perbaiki. Yelah, ana insan biasa. Mudah melakukan kesalahan.. Cuma, pasal Bahasa Arab yang bakal ana amik. Mungkin ana 3 bulan tinggalkannya. Tapi, ana akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik. Ana akan pastikan ana boleh! ;) tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Kata-kata yang selalu membangkitkan ana. Selagi kita berusaha ke jalan-Nya, pasti kita berjaya. Doa, usaha dan tawakkal itu penting. Semoga ana berjaya untuk SPM… SPM 2010 11 a1

February 1, 2009

"life as teenagers.."

Bismillahhirohmanirrahim…

Sebelum bermadah bicara, biarlah pembuka itu yang ana dahulukan… onak dan duri kehidupan banyak mengajar kita, mengenal erti kehidupan..tak kurang juga pengalaman dan pengajaran dari pahit manis kehidupan kita…. Liku-liku kehidupan seorang insan bergelar remaja merupakan saat yang paling berharga..bak kata muallimatululum ana, Puan Mahani Abdul Karim, “zaman remaja merupakan zaman yang paling singkat, jadi jalanilah kehidupan seorang remaja dengan penuh bermakna jangan sia-siakan..kerna ianya zaman paling singkat dan penuh pancaroba..tempuhinya dengan positif dan tabah..”…samapai sekarang ana masih ingat lagi kata-kata pedoman guru ana ni…

Nak tahu apa yang paling manis dan pahitnya zaman remaja? Mestilah pasal CINTA kan? Kalau ana
tanya orang lain pun mesti diorang cakap benda yang sama. Sebab pada usia remaja nilah kita mula rasa suatu perasaan yang asing bagi kita mase kecik2 dulu. even budak sek rendah pun dah pandai main-main cinta neh. Inikan pula pelajar-pelajar sek.men..lagilah menjadi-jadi…kenapa? Sebab pada usia inilah kita mula berubah menjadi matang…

kaum hawa mula dah rasa malu, teringin nak melaram macam mak datin, mula dah selak-selak magazine fashion macam magazine vogue, nak beli make-up, kalau pakai baju tu, kena match dengan tudung..kalau yang xpakai tudung tu mulalah pergi saloon wat rambut.potong situ potong sini..muke dah tak comot dah..tudung dah berlipat.kalau dulu men pakai je janji pakai…wah, macam-macam lagilah.. yang kaum Adam pulak mulalah pasang mata tengok anak dara ni, dah tak hingus cam dulu dah. Kalau gaduh ke, kena marah ke…muka still tunjuk macho..hahahha kalau dulu rambut belah tepi, sekarang dah mula beli gel rambut kat kedai tu..dulu rambut berserabai je. Tengok krim rambut kat kedai pandang sebelah mata je..betul x?

Tapi, semuanya normal la. Kita sendiri yang alami takkan taknak ngaku kot. Cuma kita perlu mengawalnya.. pernah tak kita fikir kenapa ramai kaunselor untuk remaja? Sebabnya remaja ni akal singkat. Mudah sedih, kecewa, marah.. emosi tak terkawal..mudah memberontak. Pernah ke kita dengar nenek ke makcik ke yang lari dari rumah? Kalau ada pun mungkinlah sorang dua sesat.hahaha

Tapi semua yang kat atas ni mukadimah je..ana nak cerita pasal cinta remaja. Boring dengar? Baik baca.. ni luahan rasa hati ana yang selama ni dipendam..
assalamualaikum,
moga kamu semua di dalam sejahtera… cinta itu milik Allah S.W.T, Dia mengurniakan kita berpasang-pasangan lelaki dan wanita..

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

tapi ramai yang salah sangka mengenai hubungan ini, bagi pengetahuan antum semua, hubungan yang diredhai Allah hanya dari perkahwinan..

fakta ini dikuatkan lagi dengan dalil dari-Nya, Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ana dah mangli tengok remaja-remaja ni bercouple, dating sana sini, berdua-duaan, tak kisah dipandang khalayak ramai. Inikah ciri Islam yang diredhai-Nya? Lali dengan perintahnya… sahsiahnya elok, al-Quran dibaca lancar tetapi langsung tidak memahami dan tidak mengikuti segala KALAMULLAH ini…

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Percayalah duhai remaja, andai harini kamu tinggalkan larangan-Nya, Insya-Allah, akan datang lebih banyak kebaikan buatmu pada masa hadapan…..ana nak selitakan satu ayat yang ana fikir pedoman terbaik untuk antum semua,

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Jazakallahuminkum…..