February 12, 2009

Selamat Pagi CINTA


Selamat pagi CINTA ku padaMu Ya Allah,
Yang masih membenarkan hambamu bernyawa di pagi ini,

Selamat pagi CINTA ku pada Subuhku,
Yang telah menyedarkan daku bahawa sebelum ku tidur, selepas ku bangun, ibadahku padamu tetap terjalin..

Selamat pagi CINTA ku pada kedua ibu bapaku,
Yang tersenyum di pagi hari sambil mencapai tangan ku menerima salamku sebelum aku pergi ke sekolah,

Selamat pagi CINTA ku pada udara pagi yang segar,
Yang membangkitkan aku dan menyegarkan badan dan mataku untuk memulakan hariku,

Selamat pagi CINTA ku pada segala nikmat pancaindera yang Kau kurniakan,
Yang memudahkan aku menjalani kehidupanku,

Selamat pagi CINTA ku pada dunia yang Kau kurniakan,
Yang mempunyai pohon-pohon yang indah dan meneduhkan, langit yang kebiruan dan menenangkan, udara yang segar untuk di sedut supaya aku terus hidup di muka bumi ini,

Maka, hambaMu ini Ya Allah, bersyukur atas segala nikmat kurniaMu, aku masih boleh berdiri, bercakap, tersenyum, melihat, menuntut ilmu, menunaikan ibadatku padaMu, berlari, berjalan, mendengar, berfikir, berjaya, berkawan, ada hati untuk menyayangi, dan ada rezeki untukku menjamah makanan….

Segala-galanya….

Ampunilah hambaMu ini atas setiap khilafku Ya Allah,
Aku hanyalah hambamu yang lemah, perlukan bantuanMu atas segala-galanya…

Wallahualam….

No comments:

Post a Comment