February 13, 2010

! L 2 R


hidup ini mampu dilihat hanya dari luaran
tapi batinnya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

alhamdulillah, ana sudah menempuh bulan januari yang lalu
sudah asam garam manusia
ada yang baik dan ada juga yang buruk

hairan kadangkala melihat telatah manusia.
dari luaran nampak baik namun dalamnya....

ana kenang semula ketika sesi perbincangan dengan sekumpulan pelajar...
setelah ditegur dengan pelbagai cara...
baik, lembut, keras....
mereka masih begitu
masih tersenyum gembira dengan perbuatan terlarang itu
masih leka dengan duniawi
lupa pada Illahi

jika dilihat dari soalan yang diberikan
jawapan tetap sama
"faktor keluarga menjadi punca"

tuntasnya, jelaslah menunjukkan bahawa anak2 kini sebenarnya kurang matang dalam setiap tindakan.
sengaja menjadikan faktor keluarga itu sebagai sanjungan.
biarkan diri mereka menjadi mangsa

mengapa tidak mengambil inisiatif diri sendiri
dari pandangan ana,
SYURGA DAN NERAKA di tangan kita
tak siapa yang menentukannya

ana sedih melihat anak2 kini yang mudah terpedaya.
terlalu lemah dalam menghadapi isu2 sebegitu
cuba kita bayangkan...
jika sifat ini ada dalam diri masyarakat Islam pada zaman Rasulullah,
pasti tidakkan wujud Sumaiyah "wanita pertama syahid di dalam sejarah Islam"
mengapa beliau boleh begitu tabah menghadapi dugaan.
diancam bunuh, direndam dalam minyak yang mendidih
MASHAALLAH...
bayangkan diri kita tika itu
sanggupkah kita?
cuba renungkan

maka jika sebegitu besar iman ummat zaman dahulu
mengapa kini ummat Islam semakin goyah
perkara sekecil "faktor keluarga" menjadi suatu masalah yang paling besar sekali

malahan jika dilihat pada faktor keluarga anak2 itu, sebabnya hanya mudah
tetapi tekanan yang dialami terlalu tinggi
acap kali berfikiran negatif
pakaian sahaja nampak moden kontemporari namun falsafah diri seperti debu yang berterbangan hilang ditiup angin

ana tersentuh melihat kecemerlangan Nik Nur Madihah sebagai tokoh pelajar cemerlang
walaupun keadaan hidup yang sangat daif...
namun ketabahan dan ketenangan dan kesabaran beliau menjadi harta yang tidak ternilai harganya
inilah tokoh yang patut kita contohi
jika kita pula bagaimana?
sanggupkah menyalin kamus sendiri tanpa membeli?
baju dipakai tidak berganti?
kaki memakai kasut tidak berwarna lagi?
badan tidak terisi perhiasan diri?

sekadar renungan dan pandangan..
dari diri yang serba kekurangan...

-moga ketemu lagi-

No comments:

Post a Comment