March 12, 2010

sesaat yang lalu

alhamdulillah..
ujian pertama sudah berlalu
walaupun sepanjang musim ujian ni, ana sakit
lepas telan panadol je, mata dah takleh bukak dah
terus lelap
hahaha
tapi takpe... ujian dari Allah...
kadangkala ana bersyukur jika diberi kesakitan
kerna di situ Allah membuatkan ana rasa betapa banyaknya dosa dalam diri sepertimana kesakitan yang dialami...
dalam sakit juga mendekatkan diri kita kepada Yang Esa
kalau dihitung setiap bicara kita menyebut kalimah Allah,
mungkinlah 1/10 jela
manusia2 kini suka sangat bergosip
ana juga tidak terkecuali
namun lumrah setiap insan, ana akan cuba untuk berubah
bagi ana gosip ni tak lebih tak kurang seperti 'fitnah' kerana jika dikatakan gosip, maknanya perkara itu 50% jela yang betol dan mungkin juga langsung tak betol
oleh itu rakan-rakan ku yang dimuliakan ayuhlah kita kurangkan bergosip neh dan lebih baik kita fikirkan masalah2 yang berlaku di sekeliling kita.... InsyaAllah jika diberi peluang dapat jugalah sesuatu maslaah itu dikurangkan...
berbalik kepada perkara utama ana sebenarnya mengenai sambutan Maulidur Rasul (solallahhualaihiwasallam).

kita lupa pada kekasih kita
yang patut kita cintai
siapa kekasih kita? sudah tentulah junjungan besar Nabi Muhammad (solallahhualaihiwasallam).
kalau tanye nama kekasih kita.
macam2 namalah yang muncul
lupa pada nama Muhammad kekasih Allah...
itulah yang terjadi terutamanya pada remaja
terlalu leka dengan duniawi
jika ditegur katanya hati sudah kering
cuba renung kembali bagaimana hati boleh menjadi kering
jika sentiasa mengaharapkan pertolongan Allah
pasti hati akan dibasahi dan disirami dengan ketenangan dan boleh menerima nasihat dan teguran
ana cukup respect kepada seorang hamba Allah ini, jika ditegur dia boleh menerimanya
ditambah pula dengan terima kasih
sejuk perut ibu mengandung
bagi yang kuat melawan pula, tidaklah ana menyimpan dendam, tetapi ana rasa cukup sedih pada ibu bapanya
anaknya menjadi tegar
jikalau kita suatu hari nanti InsyaAllah, menjadi seorang ibu atau bapa, anak kita pula seorang yang tegar (nauzubillah) tidak sedihkah kita?
oleh itu, kenapa pula kita yang mahu mewarisi ketegaran itu
sejukanlah hatimu
jika dirimu mencintai seseorang, teringat-ingat akannya, beristighfarlah sentiasa, InsyaAllah, tumpuanmu hanya kepada Illahi..

apabila teringat pada Rasulullah... ana renung kembali diri ini, banyak lagi sunnah yang belum diikuti...
terlalu asyik dengan kerja tetapi soal akhirat banyak dilupakan...

oleh itu, sepanjang musim cuti ini, banyakkanlah beribadat, menuntut ilmu dan ingatlah keksaih junjungan besar kita....

sekian wassalamualaikum....





No comments:

Post a Comment