August 21, 2010

MaghfirahMu....


Alhamdulillah...
syukur ke Hadrat Illahi...

akhirnya sudah masuk fasa yang kedua....

fasa Keampunan...
tekenang ana pada dosa2 dahulu... syukur kerana masih diberi waktu untuk berasa kesal, masih ada waktu untuk berdoa, masih ada waktu untuk mengalirkan air mata atas dosa silam dahulu..

ditambah pula pada minggu ini, hari Sabtu ceramah oleh Ustazah Adawiyah dan Ustazah Marzilah amat menyentuh hati

WANITA

fitnah terbesar dunia adalah wanita...
maka wanita seharusnya menjaga dirinya sebaik mungkin..
misalnya gambar2 yang diapaparkan di media massa, facebook dan sebagainya kini amat melampaui batas..
aurat dan kecantikan diri ditonjolkan di mata dunia...
mungkin ana juga tidak terkecuali...
tetapi tidak sedarkah kita bahawasanya apabila kita melakukan hal yang sedemikian, seperti meletakkan maruah di bawah hujung kaki, kalau terlajak kaki, pasti sudah tersepak maruah tersebut...
dalam hal-hal penjagaan maruah sendiripun masih goyah, bagaimana nak pertahankan Islam suatu hari nanti...
Saiditina Khadijah, wanita yang paling dicintai Rasulullah merupakan contoh agungan kita sebagai muslimah.. bagaimana beliau sentiasa menjadi peneman paling setia Rasulullah ketika menghadapi kaum-kaum yang menidakkan kalimah-kalimah suci yang dibawanya....
bagaimana pula kita...
ana juga merenung diri sendiri...
dari atas sampai ke bawah...
sudah sempurnakah??

Tepuk Dada Tanya Iman...

Jazakallah....

No comments:

Post a Comment