April 19, 2011

"Melayu Mudah Lupa"


IDOLAKU..

cerita mengenai Tun Dr.Mahathir sangat menarik.. darimana dia bermula.. berakhir hingga lah umurnya mencecah 80-an dia masih aktif membangunkan negara.. ah ketepikan segala fitnah yang dilontarkan padanya, ana masih tetap dengan pendirian ana.

"He didnt do things for fame, but he did it for our country, Malaysia for sure..."


pada masa, dia mengisytiharkan ingin meletakkan jawatan.. oh man! ana terkejut, sedih rasa macam nak jerit, nangis. dialah permata negara..


lihat saja Tun hebat berhujah, melontarkan kata-kata. amat bijak dalam setiap tuturnya. ana kagum dengan kebijaksanaan Tun dalam mengatur strategy untuk negara. nah lihat saja Putrajaya, KLCC, Kuala Lumpur terutamanya.. megah membangun.. dan kawasan luar bandar apa jua kurangnya..





dahulu, ketika menuntut ilmu katanya, "saya menghafal setiap muka surat.. ketika hendak menjawab soalan pun saya ingat muka surat itu dan isi kandungannya.." nah hebat sekali bagaimana Tun amat komited dalam setiap kerjanya walhal dalm pendidikan sekalipun. kemudian, dia juga dinobatkan sebagai pelajar terbaik di tempat pengajiaanya di Singapura (tak silap ana)..




Tun juga ada mengatakan bahawa dia tidak banyak bergaul ketika belajar dahulu. tika pelajar lain sibuk mengejar perkara lain yang lalai, beliau pula hanya menumpukan pada pelajaran. beliau kurang bersosial dengan orang lain..


Nah, lihat Tun.. belajar maka belajar.. tak macam kita neh.. bersosial lebih dari belajar.. memang bersosial itu baik tapi lihatlah kesudahannya tak membawa manfaat.


Lihat saja pada Tun, dulu dia tidak bersosial tapi kini satu dunia mengenalinya.. seluruh pelusuk negara diterokanya.. semua mereka2 yang hebat ditemuinya dan menjalinkan hubungan silaturrahim.. lihat dan lihat..




ku kenang dikau sebagai sumber insipirasiku..


No comments:

Post a Comment