April 21, 2011

see?? buka mata remaja!


49 REMAJA HAMIL DI SEKOLAH HARAPAN

JASIN: Sejak dibuka pada September lepas, Sekolah Harapan memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim. Beliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di sini, hari ini.Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini, pukul 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu, yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali. Ab Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Terengganu (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing. -Bernama

APA DAH JADI??? REMAJA OH REMAJA! JANGAN KERANA NAFSU, MARUAH TERGADAI..
JANGAN KERANA CINTA KAU GADAIKAN DIRI KAU.
CUBA KAU FIKIR BAIK2. DIA NAK GUNAKAN KAU JE.
KALAU DIE SAYANG KAU, MESTI DIE JAGA MARUAH KO, JAGA KEHORMATAN KAU. KALAU TAKAT JANJI NAK KAHWIN TAPI KO DAH TUNGGU BERTAHUN-TAHUN BUAT APE...!!!

KENAPA NAK MEMPERBODOHKAN DIRI UNTUK LELAKI BEGITU..??

KALAU TAKAT DOK KEJE MEREMPIT, MUKA HENSEM, PANDAI MENGAYAT, TAPI PADAHAL KAT BELAKNG KAU DIA SIMPAN ORANG LAIN GAK!KAU DAH DAPAT BABY, DIE SUH KO CAMPAK. !!!???

ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM..

.BUKA MATA KAU! TENGOK DIRI KAU. KESUCIAN TU ADE SATU JE. SEKALI TERGADAI. DAH TAK BOLEH NAK RENEW BALIK. KAU FIKIR LA BETUL2!!!!!!

No comments:

Post a Comment