October 19, 2011

bukan salah aman.itu ketentuan Illahi

"semua ni salah ko aman. sebab ko la mak aku mati.husss..."dengus aliff...

aliff...anak muda yang kian melonjak umurnya.. dahulu seorang yang baik, mungkin tidaklah semulia akhlak anak2 yang lain tapi dikira baik dari segi sopan santunnya ketika berbicara. tidk keluar melepak tengah malam seperti anak2 muda yang lain.. mungkin tidaklah sebijak mana, sekadar nombor 15 drpd 40 rakan sekelasnya,, penampilannya baik. rambut yang sediakala menegak itu sering kali dikemas. senyum tak pernah lekang dari wajahnya...

10 september 1990

aman dilahirkan. langit mendung kian ditutupi selimut bumi. saat itu juga ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir... aliff berlari menuju ke wad kecemasan. meratap kain yang menutupi wajah ibunya. "mak..mak..jangan tinggalkan aliff..!!!makkkk!!!!!!!!!!!..."

sejak itu juga, perubahan yang amat ketara pada aliff..sudah tidak sebaik dahulu. selalu shaja balik rumah lewat, sesuka hatinya, mentang2 lah ayahnya sering outstation,, lagilah menjadi jadi perangainya ni, neneknya pun sudah putus akal utk menasihatinya... walaupun begitu, aliff seorg yang agak bijak, walaupun perangainya begitu, tapi dia tetap score dalam setiap subjeknya. tidak pernah dia peduli tentang adiknya, aman.. nangis ke lapar ke, nak susu ke, dibiarkan je, pernah adiknya nangis kuat tengah2 malam, mengamuk aliff sampai nak pukul adiknya, tapi untunglah neneknya menghalang..kalau tidak...

tahun kian berganti tahun, aliff sudah menganjak dewasa..

15 tahun kemudian.

"weh asal ko sepak aku ni. jaga sket kaki ko tuh..."marah aman pada aliff..

"kenape?ko marah ke?dulu mase ko nak keluar dr perut mak ade ko pikir pasal aku?ha? sebab ko la mak aku mati tau tak?"..aliff menjeling adiknya aman.

"weh dengar sini. ko tuh yang buta hati, buta mata, aku yang bru form 3 ni pun tau ajal maut, takdir.. ko tau tak yang mak mati bukan sebab aku. sebab itu ketentuan Illahi. kalau mak tak beranakkan aku pun, die tetap akan mati gak kalau Allah dah tetapkan dia mati hari tu. ko paham tak?ke ko nak aku rakam pasang kat speaker??!!!! arrggghhhh... " aman berkata dengan nada yang agak series tpi penuh makna.

"esk..esk...esk.." tersedu-sedu aliff neh.

"asal ko nangis plak neh aliff. hesh buat malu kaum aku je. dah la. gi toilet. ingus dah meleleh tuh.." kata aman sambil menulis karangan. sebab nak PMR la aman dah mula rajin,,, nak berjaya macam abang dia dulu. dapat 9A's...

"aman...."tersedu aliff nadanya...

"ha nak ape lagi?kalau benci kat aku pasal mak mati, ade tak ko pikir pasal aku ni?pegang mak pun tak pernah, tengok mak pun tak pernah, gambar jela pengubat rindu, dan tak sempat pun nak merasa kasih sayang dari mak..."mencurah air mata aman sambil memegang erat pensil di tangannya...

aliff terus berlari memeluk adiknya aman...

"weh sorry weh. entahlah, selama ni aku sia siakan ko. aku tak sempat nak tengok ko membesar. aku buta aman, aku buta..esk2..esk2... aku sayang sangat kat mak. aku pun sayang ko. tapi bila pikir pasal mak je aku jadi marah..."

"errr....takpe2.. aku tak pernah marah ko pun, tapi tadi memang aku marah rr.. esk2..jangan r lawan takdir aliff..kita kan hidup dengan peredaran Illahi..jangan salahkan takdir aliff.." aman juga tersedu-sedu suaranya..

"ye aman, aku yang dah kerja ni pun bru sedar harini, trima kasih aman..."aliff terus memeluk erat adiknya..

"ha yela,, tapi boleh tak ko lepaskan aku. dah la tak mandi lagi, hingus2 plak tu..dah2 aku maafkan. pasni ko blanja la aku. tak pernah aku rasa gaji ko.." kata aman tersengih sambil mengesat air matanya dan menolak badan abangnya..

"oh ok2.. malam ni aku blanje kenny rogers, ha ko pesan la brape banyak pun. aku blanje. ni kire untuk beday2 ko yg dah lepas2 ah..heheh...aku gi mandi dulu.." aliff berkata dengan senyuman lebar buat pertama kalinya setelah 15 tahun yang lalu....

itulah kita di dunia.. sering menyalahkan takdir yang menimpa diri kita. kalau barang kita rosak, kita salahkan orang lain. kalau kucing kita mati, kita nagis la meracau racau salahkan diri tak pandai jaga kucing..kalau gagal dalam sesuatu, kita marah2, nangis, putus asa dan kita sering berkata "kalau"..bukankan itu sudah menentang takdir..takdir yang telah ditetapkan untuk kita.. sebagai umat Islam, kita perlu berusaha untuk megubah cara hidup menjadi lebih baik...jangan sering menyalahkan ketentuan Illahi buat diri kita...

teringat ana pada satu hadis belajar mase skolah mngah dulu,


“Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah:

"Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

wallahualam...




No comments:

Post a Comment