October 18, 2011

tahajjud cinta-teliti pengajarannya



Tahajjud cinta.. hemmm first time ana tengok time tu kat kolej, kebetulan nak mereleasekan tekanan homework..ahha ana pun pi la bilik tv, nak tgk cite ape2 jela kan.. then bkak je tv3, ade crite tahajjud cinta, ana pun apalagi, tengok jela kan, yela.. pelakon die pun agak best..hhe 1st time tengok best dan teruja la juga, tengok seri lakonan fauziah gaus dengan citra berpurdah.. wah mula2 rase sangat best la.. yela cerita2 berunsur Islamic kan.. tapi itu sebab first time tengok la.. lepas itu, tak tengok dah.. yela mne la ade mase nak gi bilik tv sgt kan..  assignment yeah berlumba-lumba mengejar ana..ehehh

Okay kemudian time cuti tengok la dengan kawan2.hemm .rasenye time tu ana dengan kawan2 balik kampong tok ana,, ha time ni ana dengan kawan2 punyalah kutuk ustaz tuh.. haishhhhh sangat kejam dan mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Selamba je kan die gna ayat2 al-quran untuk menguasai pemikiran orang, padahal ana yang punya secebis ilmu ni pun tahu yang kata2 ustaz tu salah.. subhanallah… apakah motif erma Fatima  buat filem ni? Bahaya buat mereka2 yang kurang ngerti tentang agama dan bagi mereka yang jahil lagi.. takut terpengaruh dan mereka juga tanpa sedar akan terpesong dan mengutuk agama ini.. nauzubillah… tapi bagi ana mungkin ada pengajaran kan.. Cuma janganlah ayat al-quran dipergunakan sebegitu walaupun hanya sekadar lakonan..

Ade beberapa je babak yang ana tengok.. okey time ustaz tu nak ceraikan istri die.. ha die kata isteri die tu derhaka.. hemm bukankah yang perlu dilakukan oleh seorang suami ialah dengan menasihati isterinya.. kemudian jika degil, mengasingkan tempat tidur, ha kalau tak elok2 lagi barulah dengan pukulan,, itupun pukul pada tempat2 tertentu.. kerana Islam bukanlah agama zionis seperti yang digembar gemburkan masyarakat dunia kini.. Islam amat mementingkan keadilan sesame manusia dan amat mementingkan kasih sayang…

Paling sadis bila seri dengan solahudin kena hukuman hudud,, kena rejam guna batu, mashaAllah,,,,, takut ana tengok, terkejut plak tuh.. tapi setahu ana, kena cukup 4 orang saksi, tapi dalam kes cerita ni, saksi tu sorang je, perempuan plak tuh yang bernama suraya.. adehhh.. pastu tengok plak ustaz tu pukul2 isteri die.. patutkah???? Wah ni pengajaran buat masyarakat.. jangan mempergunakan agama sebagai kunci untuk kepentingan diri sendiri.. dan memanglah wanita itu wajib mentaati suaminya.. tapi bila dah bertentangan dengan agama,, emm camne???

Tapi bila kita tengok cerita ni, barulah terbuka sikit mata dan minda kita… mana satu benar dan mana satu salah..  akhir kata, wujud juga keinsafan pada diri ana tentang kekurangan diri dan agar kita semua menjauhi dari mempergunakan agama untuk meraih simpati dan kuasa… apa2 pun ambil yang baik dan tinggal-tinggalkan yang burok lagi salah itu.. maaf kalau ana sendiri salah tafsir,, lain minda lain pendapatnya.. wallahualam….

p/s: drama dah habis bru nak komen.saje nak menghidupkan kembali kisah lama. 

No comments:

Post a Comment