October 6, 2011

duhai wanita bergelar ibu...

sebagai seorang ibu, wajarkah dia mengajar anak nya dengan kekasaran. ditambah pula anak perempuan.. dari kajian psychology, kanak2 tidak sewajarnya dimarahi atau dikasari kerana akan memberi effect padanya apabila besar kelak.ianya juga akan menjadikan kanak2 tersebut mempunyai perasaan dendam dan mungkin juga akn menjadi aggresive sepertimana yg dilakukan ibunya terhadap dirinya.. lain pula bapa.. marah seorg bapa lain dari ibu. kerana seorang ibu adalah wanita. mulutnya lantang berkata-kata.. lelaki pula jika marah mungkin fizikalnya saja tapi mulutnya tdak berkata.

maka inilah kesedaran yg perlu dilakukan oleh seorg wanita yang lumrahnya ialah seorg yang lemah lembut, baik hati dan penyayang.. mungkin karenah kanak2 ini membebankan atau annoyed. tapi itulah kanak2.kesabaran itu amat2 lah perlu bagi seorg ibu.. didiklah anak2 dgn belain kasih sayang kerana insyaAllah walaupun seteruk mana anak itu nti, dia tetap akan menyayangi ibunya yg tanpa lelah membelainya dgn kelembutan seorg ibu..

namun hati2!!

lain pula kepada seorg anak yg dididik ibunya dengan kekasaran dan maki hamun setiap kali anak itu melakukan kesalahan walaupun kecil. anak itu akan menjadi takut pada ibunya.. mungkin juga akan menyimpan dendam. misalnya suatu hari nanti, anaknya itu amat baik akhlaknya, tetapi sebab ada perasaan dendam lama pada hatinya.. mungkin si ibu tidak sedar.. apabila anak ini dh berjaya, ditinggalkan ibunya sendirian.. maka duhai ibu2 sekalian.. mahukah anda mendidik anak2 dengan cara ini???lalu apabila dia besar, perasaan sayangnya mulai pudar trhadap ibunya. mungkin juga tidak menghiraukannya. mungkin juga hanya mengirimkan wang ringgit tapi tdak memberikan kasih sayang...

maka masa penyesalahan tdak berguna lagi...maka ayuhlah bermula sekarang.. terutamanya pasangan yang bakal mempunyai anak.. pendidikan awal bagi kanak2 amatlah penting. kerana dari situ data2 tentang dirinya dan sifat serta tindak tanduknya pda msa hadapan mulai dibentuk.

kelak apabila sudah dewasa, si ibulah sepatutnya menanyakan dan mengambil berat tentang anaknya, jika hati sudh mula berputik perasaan sayang terhdap seseorg, si ibu itulah yg sepatutnya membimbing anaknya agar tdak terjerumus kedalam kemaksiatan dan masalh remaja.. marah pula buka jalan penyelesaian..sebab itu kes2 lari dari rumah, kahwin lari kian berleluasa.. maka ibu bapa!!! jadilah ibu bapa yang pertama dan terakhir buat mereka..

zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar, ana juga sedang mngalami zaman ini, jadi pahit getir perjalanan hidup juga ana alami..peperiksaan bagi remaja seperti ana adalah saat kita memerlukan sokongan padu.. maka ibulah selalunya yang menjadi tmpt tangis dan tempt meluahkn perasaan..

maka buat para ibu bapa dan bakal seorg ibu juga bapa... moga Allah S.W.T melembutkan hatimu dan anakmu agar sentiasa saling maaf bermaafan.. moga talian darah yang terjalin terus terjalin dan menjadi saksi di akhirat kelak..

wallahualam...

salam ukhuwah fillah..

2 comments: